TRW KEJAR PERTAHANAN WORLD CUP CAMEROON 2014


TRW dijangka mengikat kontrak bekas pemain Cameroon, Cedric Djeugoue yang pernah beraksi di kempen Piala Dunia 2014 di Brazil. Pertahanan muda ini baru berusia 24 tahun dan merupakan pemain di kelab Ittihad Tanger di Liga Utama Morocco. Kelab tersebut menduduki tangga ketiga sekarang dalam saingan liga.

Miliki ketinggian 1.83m dan beraksi di bahagian pertahanan tengah. Sudah mengumpul 7 caps bersama skuad kebangsaan Cameroon. Selain itu, Djeugoue turut dalam skuad Africa Cup of Nations 2015 namun tidak diturunkan.

Sebelum Piala Dunia, Djeugoue hanya bermain tiga kali untuk pasukan Cameroon itu. Walaupun kekurangan pengalaman, beliau telah dipilih untuk memulakan permainan pertama Cameroon menentang Mexico pada Piala Dunia 2014. Beraksi 45 minit dan menang 1-0 keatas Mexico. Menariknya, dia diantara hanya beberapa orang pemain sahaja bukan berpengkalan bermain di Eropah mewakili Cameroon. Baru 22 tahun sudah dapat kepercayaan untuk bersaing di peringkat tertinggi dunia.

Semasa latihan Djeugoue telah digelar "Laurent Blanc" oleh rakan sepasukannya, kerana permainan umpama lagenda pertahanan tengah Perancis itu.

Aksi Cedric Djeugoue ketika vs Germany dalam perlawanan persahabatan.

Pertahanan tengah merupakan antara posisi yang menjadi masalah terbesar TRW. Pada musim lepas Jonathan Mc Kain lebih banyak dibelenggu kecederaan memaksa TRW menggunakan tenaga kudrat pemain tempatan untuk mengekang kubu pertahanan.

Seorang pemain import Asia juga akan datang ke Kota Bharu sedikit masa lagi. Dijangka beraksi di posisi tengah.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TRW KEJAR PERTAHANAN WORLD CUP CAMEROON 2014"

Post a Comment