Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memberi insentif RM20,000 kepada pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri, 29.
Pemberian itu diumumkan Presiden KFA yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada majlis meraikan kemenangan Mohd Faiz di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon tadi.
Ahmad Bashah berkata, kemenangan Mohd Faiz mengharumkan nama negara dan Kedah kerana dia anak jati negeri ini dan atas itu, KFA bersetuju untuk memberi insentif itu.
Menurutnya, selain itu, bantuan lain yang diperlukan Mohd Faiz juga akan dipertimbangkan kerajaan negeri.
Faiz Subri juga diberi diskaun pembelian rumah
"Saya difahamkan Mohd Faiz masih belum memiliki rumah dan kerajaan negeri akan cuba membantu dengan berbincang bersama anak syarikat kerajaan negeri untuk memberi diskaun pembelian rumah.
"Bantuan itu diharap akan dapat meringankan beban Mohd Faiz," katanya.
Sebelum ini Ahmad Bashah mengumumkan persetujuan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) negeri menyenaraikan nama Faiz sebagai penerima Bintang Semangat Jerai Kedah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-89 tahun ini, susulan kejayaannya itu.
Pemain berusia 30 tahun itu mengenepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009. Faiz yang meraih 59.46 peratus undi, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukannya, keluarga dan peminat yang menyokongnya.
Faiz Subri pemain Asia pertama menangi Puskas Award
Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama memenangi anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.Pemain berusia 30 tahun itu mengenepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009. Faiz yang meraih 59.46 peratus undi, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukannya, keluarga dan peminat yang menyokongnya.
Sementara itu, Mohd Faiz mengucapkan terima kasih kepada KFA dan kerajaan negeri di atas insentif diberikan itu.
0 Response to "Kedah FA beri Faiz Subri RM20,000"
Post a Comment