MARIO GOMEZ TINGGALKAN JDT

Jurulatih JDT, Mario Gomez sudah sah tinggalkan pasukan gergasi Liga Super Malaysia itu. Perkara ini disahkan sendiri oleh YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim.

Mario Gomez sudah sah tinggalkan JDT
Mario Gomez sudah sah tinggalkan JDT

Berita ini amat mengejutkan warga peminat JDT itu sendiri dan juga para pengikut bolasepak tanah air. Menjelang 2 hari lagi sebelum sepak mula saingan Liga Malaysia 2017 dimana pasukan Johor Darul Ta'zim akan menerima kunjungan pasukan juara Piala FA 2016, Kedah dalam pertembungan Piala Sumbangsih 2017 di Stadium Larkin. Perlawanan ini juga akan dikira sebagai perlawanan pertama kancah Liga Super 2017. 

Pengendali dari Argentina bersuia 59 tahun ini mula menyertai barisan kejurulatihan JDT sejak 2015. Sudah banyak kejayaan dibawa oleh coach Mario Gomez termasuk kejuaraan Piala AFC 2015. Bekas jurulatih kelab Hong Kong, South China FC ini juga pakar dalam taktikal, sudah pasti bakal dirindui oleh para peminat bolasepak sejati.

Berita rasmi Mario Gomez tinggalkan JDT

Kenyataan rasmi YAM Tunku Tun Aminah, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim
Kenyataan rasmi YAM Tunku Tun Aminah, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

Melalui kenyataan rasmi di laman Facebook Johor Southern Tigers, YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim telah mengesahkan perkara tersebut sebentar tadi.

JUTAAN TERIMA KASIH BUAT MARIO GOMEZ DI ATAS SUMBANGAN BELIAU KEPADA JDT SELAMA INI. SELAMAT MAJU JAYA DARIPADA KAMI SELURUH KELUARGA JDT.
Saya ingin membuat satu pengumuman bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dan Mario Gomez telah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing. Keputusan ini dibuat demi kebaikan kelab kerana falsafah dan matlamat kelab lebih penting dari segala-galanya.
Walaubagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada jurulatih legenda JDT diatas sumbangan besar beliau kepada kelab ini sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
Kami akan sentiasa mengingati pencapaian beliau yang berjaya membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), dua kejuaraan liga (2015 dan 2016) dan Piala AFC pada tahun 2015. Selamat maju jaya buat beliau dalam karier kejurulatihan pada masa akan datang.
YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim
Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim


 Pengganti jurulatih baru JDT 2017


JDT dilihat tiada sebarang masalah degan pengendali Mario Gomez sebelum ini. Persiapan pra-musim di Thailand juga menunjuk Mario Gomez seolah bersedia bantu JDT bawa lebih kejayaan termasuk layak buat kali pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2017 setelah 2 tahun gagal lepasi peringkat kelayakan.

Mungkin TMJ sudah berbincang lama mengenai hal berita mengejut ini bersama Mario Gomez. Sudah pasti pengendali baru yang setanding dengan kepakaran Mario Gomez bakal dibawa oleh TMJ ke dalam keluarga JDT 2017. 

Siapakah jurulatih baru JDT 2017? Cer teka.




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MARIO GOMEZ TINGGALKAN JDT"

Post a comment