8 pemain baharu perkuat Harimau Kumbang

8 pemain baharu perkuat Harimau Kumbang
8 pemain baharu perkuat Harimau Kumbang

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengumumkan lapan pemain baharu termasuk tiga import yang akan memperkuatkan skuad Harimau Kumbang bagi mengharungi saingan Liga Super 2017. 

Antara nama besar pemain tempatan yang menyertai skuad Harimau Kumbang ialah bekas pemain Harimau Muda K Reuben yang juga bekas pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Muhammad Zulkhairi Zulkeply, Amirul Asyraf Mohd Suhaidi, Shazalee Ramlee dan Yong Kuong Yong. 

Tiga import pula ialah Nigel Dabinyaba dari Papua New Guinea, Diogo Ferreira (Australia) dan Andrew James Russell (Hong Kong)

Baca: ANDY RUSSELL PERKUAT PENANG

Ketua jurulatih pasukan, Ashley Westwood, berkata beliau dalam proses membuat pembaharuan termasuk menukar aspek taktikal permainan pasukan. "Saya amat tekankan aspek kecergasan kepada semua pemain bagi memastikan mereka mampu beraksi selama 90 minit permainan. 

Ketika ini kita masih menguji semua pemain termasuk pemain tempatan baharu bagi melihat keserasian antara mereka," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Ashley berkata, beliau juga masih belum menetapkan kesebelasan utama kerana perlu menyaksikan kemampuan semua pemain sebelum perlawanan pertama menentang Selangor di Stadium Selayang, 21 Januari ini. 

Sementara itu, Nigel yang juga pemain kebangsaan Papua New Guinea berkata, beliau berharap Pulau Pinang dapat bangkit pada musim ini dan memberi saingan sengit. 

"Saya tidak mempunyai 'kuasa' bagi menjaringkan gol, tetapi percaya dengan kerjasama pasukan kami mampu memecah kubu pertahanan lawan. "Saya harap dapat menjaringkan gol pada setiap perlawanan sekali gus membantu Harimau Kumbang melakar kemenangan," katanya yang bakal beraksi sebagai penyerang utama.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "8 pemain baharu perkuat Harimau Kumbang "

Post a Comment