Pengurus Arsenal, Arsene Wenger digantung empat perlawanan untuk berada di tepi padang oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas salah laku tindakan kasarnya terhadap pegawai perlawanan ketika aksi kemenangan ke atas Burnley. Wenger juga didenda AS$31,300 (RM138,768) selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger didakwa memaki hamun dan menolak pegawai rasmi keempat Anthony Taylor |
Wenger diarah keluar padang oleh pengadil perlawanan, Jon Moss ketika Arsenal mengalahkan Burnley 2-1 di Stadium Emirates minggu lalu. Dalam perlawanan itu, Wenger dikatakan memprotes keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada Burnley pada masa kecederaan.
Wenger memberi reaksi marah apabila Burnley yang dihadiahkan sepakan penalti minit ke-93 di Stadium Emirates pada Ahad, dan mereka berjaya menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Wenger, 67, didakwa memaki hamun dan menolak pegawai rasmi keempat Anthony Taylor selepas dibuang padang. Pergantungan ini menyebabkan Arsene Wenger terlepas aksi Piala FA di Southampton. Namun, Arsenal tetap bermain cemerlang apabila menumpaskan lawan dengan jaringan besar 5-0 semalam walaupun Arsene Wenger tiada di tepi padang.
Selepas dihantar ke tempat duduk penonton oleh pengadil Jon Moss, Wenger berpindah dari padang tetapi berhenti berdiri di pintu masuk terowong dan enggan berpindah kerana dia cuba untuk menonton beberapa minit baki perlawanan pada hari Ahad lalu.
Arsene Wenger berkeras ingin melihat baki permainan di tepi pintu terowong |
Namun pengadil Taylor menyuruh Arsene Wenger untuk bergerak meninggalkan padang, Wenger dilihat berkeras terhadapnya. Arsenal kemudiannya diberikan penalti mereka sendiri pada minit akhir permainan, yang disempurnakan oleh Alexis Sanchez.
Sejurus selepas perlawanan, Wenger meminta maaf, dengan berkata: "Saya sepatutnya diam - Saya memohon maaf kerana tidak melakukannya. "Ia tiada apa-apa yang berniat jahat. Saya sepatutnya mengawal diri saya, walaupun dalam masa yang sibuk."
Penggantungan itu menyebabkan Wenger sekadar menonton ketika The Gunners menentang Southampton di pusingan keempat Piala FA, Sabtu (Sabtu (28/1), serta pada tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris melawan Watford (31/1) dan Chelsea (4/2). Arsene Wenger akan kembali untuk aksi Liga Perdana Inggeris menentang Hull pada 11 Februari.
0 Response to "Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan"
Post a Comment