Kerajaan Negeri Kelantan memberi jaminan akan menghulurkan bantuan kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dalam usaha memastikan The Red Warriors (TRW) terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata keputusan positif itu dibuat selepas perbincangan rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dengan KAFA.
Ditanya mengenai bentuk sumbangan yang bakal dihulurkan, Abdul Fattah enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada perbincangan kedua-dua belah pihak yang bakal diadakan sebelum 6 Januari depan.
“Kita belum perincikan segala bantuan yang bakal diberikan, cuma cukup hari ini saya nyatakan kerajaan negeri komited membantu KAFA untuk memastikan Kelantan beraksi dalam saingan Liga-M dan terus kekal menjadi sebuah pasukan yang hebat,” katanya.
Perkembangan terbaru ini melegakan peminat TRW untuk melihat skuad kesayangan mereka terus memperagakan aksi dalam Liga-M di sebalik kegagalan KAFA mencari sumber kewangan mencukupi.
0 Response to "KERAJAAN NEGERI KOMITED BANTU KAFA "
Post a Comment