PATUNG MESSI HILANG KEPALA, BADAN

PATUNG Lionel Messi yang telah dirosakkan
PATUNG Lionel Messi yang telah dirosakkan

Patung Lionel Messi di bandar Argentina hanya tinggal kaki dan bola, dengan bahagian badan dari pinggang ke atas hilang! 

Patung yang terletak di laluan pejalan kaki Paseo de la Gloria menghadap River Plate itu terputus pada bahagian pinggang dengan yang tinggal hanya bahagian bawah dan bola. 

Dewan Bandaraya, berkata mereka tidak tahu siapa yang bertanggungjawab dan motif tindakan itu. "Ini adalah mangsa perbuatan vandalisme. Pihak berkuasa tempatan sudah memulakan kerja-kerja membaiki patung berkenaan," kata sekretariat budaya bandar itu. 

Patung itu dirasmikan pada Jun lalu, tidak lama selepas Argentina tewas dalam aksi final Copa America kepada Chile menerusi penentuan penalti - kekalahan yang menyaksikan Messi mengumumkan untuk bersara daripada skuad kebangsaan. 

Bagaimanapun, dia kembali bersama skuad Argentina dan membantu pasukan itu menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia, September lalu.

Patung Messi dirasmikan September lalu


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PATUNG MESSI HILANG KEPALA, BADAN"

Post a Comment