TERIMA KASIH LUCERO - TMJ




Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), merakamkan ucapan penghargaan kepada penyerang import dari Argentina, Juan Martin Lucero yang tidak lagi bersama pasukan itu musim depan.

Bagaimanapun Tunku Ismail dalam satu kenyataannya menerusi Facebook, Johor Southern Tigers yang dimuat naik semalam, turut memaklumkan JDT sentiasa membuka pintu buat Lucero untuk kembali bersama Harimau Selatan pada masa akan datang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lucero yang begitu banyak membantu dan menjadi salah seorang pemain yang memainkan peranan penting dalam kejayaan JDT musim lepas.

“Beliau adalah pemain yang bagus dan pastinya JDT akan sentiasa membuka pintu buat beliau untuk kembali bersama pasukan,” kata Tunku Ismail.

Beliau turut meluahkan rasa bangga terhadap prestasi kedua-dua bintang import dari Argentina yang memakai jersi nombor 19 iaitu Lucero dan Luciano Figueroa apabila mampu meletakkan JDT di tahap yang membanggakan.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih merangkap Pengurus JDT, Mario Gomez turut mengucapkan terima kasih kepada Lucero kerana banyak membantu pasukan itu mencapai kejayaan sepanjang musim lalu.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Lucero di atas jasa beliau membantu kejayaan yang dicapai JDT selama ini.

"Pada kami tawaran yang bernilai RM11.5 juta untuk pemain ini amat istimewa dan sukar untuk kami menolaknya. Selamat maju jaya buat Lucero,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TERIMA KASIH LUCERO - TMJ"

Post a Comment