RASMI: PEREYRA DIAZ SAH KE CLUB LEON MEXICO

Kini sah Jorge Pereyra Diaz akan menyertai kelab Mexico Club Leon di Liga MX selepas dilepaskan oleh kelab lama iaitu JDT. Akan mengikuti jejak Martin Lucero rakan gandingan di JDT musim lepas yang berkelana ke Club Tijuana juga di Liga MX.

PEREYRA DIAZ SAH KE CLUB LEON MEXICO
PEREYRA DIAZ SAH KE CLUB LEON MEXICO

Merujuk kepada laporan Superdeportivo beberapa hari yang lalu, ia telah mengesahkan bahawa pemain Argentina Jorge Pereyra Diaz sudah rasmi menjadi pemain baru keempat dan terakhir kelab León untuk saingan Clausura 2017.

Jorge Pereyra Diaz telah bersetuju dengan terma syarat pada hari Rabu semalam dan dijangka dalam minggu ini Pereyra Diaz akan ke León untuk menandatangani kontrak dengan pasukan yang dipengerusikan oleh Jesús Martínez Murguia.



Jorge Pereyra Diaz mesin gol JDT


Pereyra Diaz telah menyertai pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Malaysia dengan yang pada musim pertamanya dia menjaringkan 22 gol dalam 24 perlawanan. Manakala terus meledak 32 gol buat JDT disamping bantu julang 3 kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia pada musim 2016.

Video aksi menarik Pereyra Diaz ketika bermain untuk JDT...



Selamat maju jaya buat Jorge Pereyra Diaz boleh disifatkan antara pemain import paling hebat dan berjaya dalam sejarah Liga Malaysia bersama kelab baru Club Leon di Liga MX Mexico. Gracias!



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RASMI: PEREYRA DIAZ SAH KE CLUB LEON MEXICO"

Post a Comment