"Saya bangga sertai pasukan legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari," itu ungkapan pertama penyerang, Safee Sali, selepas sah menyertai PKNS FC dengan menandatangani kontrak setahun bersama kelab berkenaan, hari ini.
"Bagi saya, PKNS FC mempunyai sejarah yang cukup luar biasa dalam Liga Malaysia. Semua orang tahu, Allahyarham Mokhtar Dahari pun berasal dari sini.
"Ia satu kebanggaan bagi saya untuk menyertai PKNS. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana menerima saya untuk berkhidmat di sini," kata Safee, yang berhijrah dari Johor Darul Ta'zim (JDT).
Selepas ditanya mengenai keazaman untuk mengembalikan kegemilangan PKNS, Safee berkata dia berharap pengalamannya ketika bersama JDT dapat dimanfaatkan untuk PKNS.
"Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana membawa saya ke pasukan JDT.
"Dengan pasukan baru ini, saya dapat menggunakan pengalaman itu untuk mengembalikan prestasi saya yang sebenar dan sudah tentu saya berharap dapat membantu PKNS melonjak ke tahap yang lebih baik," tambahnya.
Pemain yang cukup sinonim dengan Selangor, Safee, pernah berhijrah ke Indonesia sebelum menyarung jersi JDT selama tiga musim dan mencetak enam gol daripada 17 penampilannya bersama pasukan itu sepanjang musim 2016.

0 Response to "SAFEE BANGGA SERTAI BEKAS KELAB ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI"
Post a Comment