KEN ILSO IMPI LEDAK 20 GOL BUAT KEDAH



Pemain import dari Denmark, Ken Ilso berkata bahawa beliau sangat teruja menyertai juara bertahan Piala Malaysia, Kedah. Perpindahan bekas penyerang Bundesliga dari Singapura S.League ke Liga Super Malaysia telah disahkan minggu ini setelah berjaya mencuri hati jurulatih Tan Cheng Hoe.

Ken Ilso, yang menghabiskan dua musim lalu dengan Home United, akan mengantikan bekas penyerang New Zealand, Shane Smeltz, yang memberikan impak yang besar sepanjang empat bulan berbakti dengan Hijau Kuning, menjaringkan 11 gol dalam semua pertandingan. 


"Kedah adalah satu pasukan dengan penguasaan bola yang baik, dan peminat yang besar. Yang telah memberi minat besar untuk dapatkan khidmat saya sejak Julai, membuatkan saya mahu mencuba beraksi di Liga Super Malaysia.

Perjalanan bola sepak Ilso bermula di kampung halamannya di Copenhagen, tetapi bakat beliau telah dikesan pada usia 17 apabila dia telah ditandatangani oleh kelab Belanda, Heerenveen. Kemuncak kerjaya beliau adalah tiga tahun dengan Fortuna Dusseldorf, termasuk musim 2012-13 di Bundesliga.

Walaupun bermain untuk kelab bawahan Jerman, tetapi itu sudah memadai dan bersyukur, tambahan pula mampu berhadapan bersaing bertemu nama besar seperti Mats Hummels, Robert Lewandowski dan Marco Reus. 

Dia menjaringkan 13 gol dalam 71 perlawanan untuk Fortuna, termasuk tujuh dalam 16 perlawanan dalam kempen 2010-11. Laluan Ilso ke Asia adalah melalui Guangzhou R & F dalam Liga Super China. Tetapi selepas hanya 10 perlawanan dan dua gol pada musim 2014, beliau telah ditunjuk jalan keluar dari kelab CSL itu dan terus menyertai pasukan Home United dalam S.League. Ilso mengenali Dirk Schauenberg, ketua prestasi sukan Home United berasal dari Jerman apabila mereka telah bermain bersama-sama di Fortuna Dusseldorf.

Dortmund's midfielder Sebastian Kehl (kiri) dan  Duesseldorf's Danish forward Ken Ilso 

Ken Ilso memberitahu perasaan dalamannya memujuk untuk keluar dari Eropah. Cuba sesuatu yang baharu. Belajar sesuatu yang baru. Alami dunia yang baru. Dalam beberapa tahun sebelum ini, Ken Ilso mendapati sejarah dan budaya China menarik dan kini mempelajari budaya dan sejarah China di sebuah universiti di Denmark. Saya berfikir: 'Mengapa tidak mengalami budaya lain semasa bermain bola sepak?' Ini adalah sesuatu yang saya tidak akan menyesal. "

Apabila Ilso bermain perlawanan pertamanya untuk Home United di S.League musim 2015, ia adalah jelas bahawa dia adalah masalah buat pemain lain. Bukan sekadar penyerang D box, tetapi dia turut turun membantu rakan di bawah.

Aset yang terbaik adalah bahawa pergerakan dia lebih cepat dengan bola berbanding tanpa bola, mampu menewaskan pertahanan satu lawan satu, dan keupayaan merembat padu menggunakan kedua-dua belah kaki.

Dalam 52 penampilan dalam semua pertandingan untuk Home United, dia menjaringkan 36 gol yang mengagumkan, dan telah dicalonkan untuk 2015 Player of the Year. Sesetengah peminat tertanya-tanya mengapa pemain berkaliber Ilso itu memilih berkelana ke Singapura di mana gaji lebih sederhana berbanding di Malaysia, tetapi tidak semewah seperti di China, Jepun, atau Thailand yang dia dapat sebelum ini. 

Tetapi bekas bintang belia Denmark ini menempelak sesetengah pemikiran stereotaip dengan menegaskan bahawa pemain bola sepak profesional lebih mementingkan benda lain dan bukan bermain sekadar untuk duit semata-mata.

"Kos hidup di sini adalah kurang daripada banyak tempat-tempat lain, tetapi pengembaraan ke Asia bukan kerana kewangan. Ini masih lawatan tentang pengembaraan, meneroka dan belajar dari budaya yang berbeza," katanya. 

Ken Ilso menyasarkan meledak 20 gol & julang piala dan menempatkan diri kedua terbaik dalam saingan Liga buat Kedah musim 2017.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KEN ILSO IMPI LEDAK 20 GOL BUAT KEDAH"

Post a Comment