FAIZ SUBRI MENANG PUSKAS AWARD 2016

Faiz Subri FIFA Puskas Award 2016 winner

Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas untuk gol terbaik di majlis Best FIFA Football Awards 2016 pada Isnin.

Faiz Subri, yang merupakan pemain tengah untuk kelab Liga Super Malaysia Penang FA, menjaringkan gol menerusi wildly swerving long-range free kick dari jarak 35 ela ketika menentang Pahang pada 16 Februari 2016. 

"Ini adalah masa yang terbaik dalam hidup saya. Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan pernah memenangi anugerah ini. Penghargaan paling utama saya adalah untuk berterima kasih kepada keluarga saya kerana tanpa mereka saya tidak akan menjadi pemain bola sepak profesional," kata Subri. 

"Ini adalah anugerah yang tidak hanya untuk saya dan kelab saya tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Apabila saya naik ke pentas untuk mengambilnya, saya secara jujur ​​tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Saya tidak percaya bahawa saya boleh berada sebaris dan sebahagian daripada pemain lagenda bola sepak sebenar. " 

Faiz Subri telah mengalahkan pemain tengah Corinthians Marlone, yang menjaringkan gol daripada chested half-volley ketika menentang pasukan Cobresal Chile, serta pemain wanita bawah 17 tahun, Daniuska Rodriguez, yang menjaringkan gol hasil dari gerakan solo menarik  di U17 Sudamericano Championship. 

Mohd Faiz Subri was presented the Puskas Award by Brazilian legend Ronaldo

Wendell Lira dari Brazil telah membawa pulang anugerah itu tahun lalu bagi hasil jaringan gol swerving bicycle kick ketika menentang Atletico Goianiense. Antara pemenang yang lepas termasuk Cristiano Ronaldo (2009), Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimovic (2013) dan James Rodriguez (2014). 

Pengundian telah dilakukan oleh peminat online di FIFA.com.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "FAIZ SUBRI MENANG PUSKAS AWARD 2016"

Post a Comment