Kunjungan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) ke Thailand untuk menentang Buriram United FC bukan sekadar aksi persahabatan sebaliknya ia dianggap sebagai langkah awal untuk mewujudkan kerjasama dalam pembangunan bola sepak membabitkan kedua-dua kelab ternama di Asia Tenggara itu.
Jika 2014 dianggap terbaik julang 4 piala, mereka buktikan 2015 lebih cemerlang apabila rebut kesemua piala kejuaraan. Pada tahun 2015, jurulatih Brazil, Alexandre Gama membawa Buriram United mencipta sejarah mereka dengan memenangi semua lima pertandingan termasuk Kor Royal Cup, Thai League, Thai FA Cup, Thai Premier League dan Mekong Cup. Buriram United telah menjadi kelab pertama di Asia untuk memenangi Quintuple. Selain itu,
Buriram United juga boleh dikatakan dianggap sebagai skuad terkuat dalam sejarah Liga Thailand selepas menang 2015 Thai Premier League dengan rekod tiada tandingan. Penyerang Brazil Diogo Luis Santo memecahkan rekod jaringan terbanyak dengan 33 gol daripada 32 perlawanan dan menerima Thai League Top Scorer dan Anugerah Pemain Terbaik Tahunan.
Pengarah Sukan Johor DT Alistair Edwards berkata, jemputan Buriram United untuk mengadakan perlawanan persahabatan dan disusuli perbincangan mengenai kerjasama sememangnya membuktikan betapa kelab dari Thailand itu menghargai usaha Johor DT membangunkan bola sepak di Malaysia.
Katanya, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijemput Presiden Buriram United FC Newin Chidchob dan kedua-dua mereka akan mengadakan perbincangan lebih terperinci berhubung kerjasama yang bakal diwujudkan membabitkan Johor DT dan kelab dari Thailand itu.
“Kita sudah mengadakan kerjasama dengan kelab di Eropah iaitu Borussia Dortmund dan kelab Liga Jepun 1 (Liga J1) Consadole Sapporo dan kini akan ada kerjasama pula bersama Buriram United.
“Johor DT adalah kelab pertama di negara ini yang mengadakan kerjasama dengan beberapa kelab ternama dan saya lihat semuanya hasil kesungguhan Tunku Ismail yang begitu serius mahu memajukan bola sepak di Johor terutama program akar umbi.
“Buriram United adalah kelab terbaik di Asia Tenggara malah projek pembangunan dan modul perancangan kelab berkenaan seakan-akan sama seperti Johor DT dan ia langkah tepat untuk bekerjasama dengan kelab berkenaan,” kata Edwards.
Edwards juga menegaskan betapa kerjasama itu akan lebih meluas kerana kedua-dua kelab bakal melakukan pertukaran pemain, perlawanan pramusim dan juga program akar umbi terutama akademi bola sepak.
Malah katanya, Tunku Ismail juga sedang merancang untuk mengadakan kerjasama dengan kelab ternama China memandangkan pasukan di sana begitu agresif dalam pembangunan bola sepak.
“Kita lihat perspektif lebih meluas di China dan dalam masa terdekat bakal ada kerjasama dengan di negara Tembok Besar itu namun masih belum diputuskan kelab mana yang bakal dipilih,” katanya.
0 Response to "JDT JALIN KERJASAMA DENGAN BURIRAM"
Post a Comment