Dollah Salleh dipecat serta merta selepas Selangor alami 4 kekalahan berturut-turut |
Mana surat pecat saya? Bekas jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan mempersoal profesionalisme pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang masih tidak mengeluarkan surat rasmi berhubung pemecatannya sehingga hari ini.
Beliau berkata keputusan pemecatan serta merta pada Ogos lalu yang dibuat Presiden FAS ketika itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya bersandarkan kepada satu pesanan khidmat ringkas (SMS) dan kenyataan akhbar yang tersebar di laman sosial bukan secara rasmi.
Katanya, beliau sudah merujuk kepada pengurusan FAS berhubung isu itu, namun dimaklumkan tiada surat seumpamanya akan dikeluarkan dan tindakan 'tergantung' seperti itu hanya menyukarkan dirinya untuk membuka lembaran baru dengan status yang dilihat masih terikat.
"Saya bukan mahu pertahankan jawatan saya, cuma saya mahu surat rasmi pemecatan serta merta itu supaya saya dapat buka langkah seterusnya. Memang satu Malaysia tahu saya dipecat tapi kenapa tidak dibuat secara rasmi? soal beliau.
"Walaupun pengurusan FAS berjanji untuk selesaikan baki kontrak saya yang sepatutnya berakhir November ini, namun mereka membayar secara bulanan, semacam bekerja, tetapi sudah dua bulan (November dan Disember lalu) tidak dibayar," katanya kepada pemberita, hari ini.
Ketika ditanya sama ada statusnya 'tergantung' disebabkan ada berlaku perselisihan faham antara beliau dengan pengurusan FAS, Zainal Abidin berkata tidak wujud isu dalaman, namun tindakan pemecatan serta merta itu mengejutkannya.
Bekas pemain pertahanan Selangor awal 1980-an itu berkata beliau menerima penggugurannya dari pasukan Selangor dengan hati terbuka namun kesal apabila pengurusan FAS ketika itu tidak memberinya peluang untuk memperjelas kemerosotan prestasi pasukan Gergasi Merah.
Bagaimanapun katanya, hasil pertemuan dan perbincangan dengan bekas pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari dua hari lalu beliau mendakwa dijanjikan penyelesaian isu berkenaan selewat-lewatnya minggu depan.
Zainal Abidin dipecat serta merta sebagai jurulatih Selangor pada 7 Ogos lalu tanpa sebarang amaran awal namun FAS menyatakan ia disebabkan kemerosotan prestasi skuad Gergasi Merah selepas tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Liga Malaysia 2016.
Pada 26 Disember lalu bekas penolong jurulatih pasukan Selangor, P Maniam dilantik sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.
FAS kini bergelut dengan krisis dalamannya dan keadaan semakin parah apabila Mohamed Azmin memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Presiden FAS pada 30 Disember lalu.
0 Response to "MANA SURAT PECAT SAYA? - DOLLAH SALLEH"
Post a Comment