LUCAS CANO SAH KE FELDA UNITED

Lucas Cano anak didik Gabriel Heinze

Penyerang muda Argentina berusia 21 tahun ini secara rasmi akan menyertai pasukan Felda United bagi musim 2017 secara pinjaman selama setahun. Berita ini disahkan sendiri oleh pasukannya Argentinos Juniors.

Lucas Cano adalah pemain masa depan dalam pasukan Argentinos Juniors yang kini menduduki tangga kedua dalam saingan Primera B Nacional iaitu divisyen kedua di Argentina. Menariknya, kelab ini dibimbing oleh lagenda PSG, Man United & Real Madrid, Gabriel Heinze. 

Penyerang muda ini miliki ketinggian 1.83m turut mempunyai rekod penampilan bersama Argentina U20. Kehadiran Lucas Cano akan menguatkan lagi cabaran Felda United dalam saingan Liga Malaysia 2017 selain kempen AFC Cup 2017.

Lucas Cano akan bergandingan dengan Gaston Cellerino yang juga kelahiran Argentina dibeli oleh Felda United dari kelab Bolivar. Maka Felda United musim 2017 akan ditunjangi oleh peledak dari Argentina selain dibantu kehadiran penyerang tempatan seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Wan Zack Haikal.



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "LUCAS CANO SAH KE FELDA UNITED"

Post a Comment