JDT TOLAK PERMINTAAN PAMPASAN RM2.3 JUTA PEREYRA DIAZ

Cerita gembira Jorge Pereyra Diaz ke AEK Athens bakal musnah? Umum mengetahui gosip perpindahan Jorge Pereyra Diaz bakal meninggalkan pasukan Johor Darul Ta'zim 2017. Pereyra Diaz telah disebut-sebut akan menyertai satu pasukan Eropah bergandingan dengan juga bekas penyerang JDT, Patito Rodriguez dari Brazil.

Jorge Pereyra Diaz minta pampasan  RM2.3 Juta dari JDT
Jorge Pereyra Diaz minta pampasan  RM2.3 Juta dari JDT

Namun kelab Liga Super Greece, AEK Athens sama sekali kecewa dalam usaha mereka membawa penyerang Argentina Jorge Pereyra Diaz menemui jalan buntu. Jorge Pereyra Diaz dilaporkan tidak bersetuju dalam persetujuan bersama (mutual agreement) menamatkan kontraknya dengan juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim. 


AEK Athens setuju terma syarat Pereyra Diaz

AEK Athens telah berbincang dengan Diaz dan wakilnya selama lebih sebulan yang lalu, sejak keluarnya berita Pereyra Diaz  enggan menyambung kariernya bersama Harimau Selatan. 

Menurut sumber Gazetta.gr Johnny Georgopoulos, Jorge Diaz dan wakilnya telah pun bersetuju dengan terma peribadi bersama kelab 11 kali juara Greek Super League. Namun pemain berusia 26 tahun itu didakwa enggan untuk menamatkan kontrak dengan JDT melainkan jika tuntutan pampasan beliau sepadan seperti yang diminta.

Memetik laporan BH Online sebelum ini, Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez mendedahkan kelab itu terpaksa melepaskan Jorge Pereyra Diaz selepas tidak mampu menunaikan permintaan gaji baharu oleh Diaz.

Pereyra Diaz bakal tinggalkan JDT
Pereyra Diaz bakal tinggalkan JDT

"Kami telah mendengar berita dari pihak AEK Athens ialah Jorge Diaz mahu dibayar 500k Euro (RM2.3 juta) sebagai pampasan menamatkan kontrak awal dari kelab lamanya Johor DT. Namun kelab JDT hanya mahu menawarkannya 100k Euro (RM473 000), oleh itu Pereyra Diaz tidak mahu menamatkan kontraknya lagi, " wartawan Greek yang terkenal memberitahu FourthOfficial.com 

"Ia telah menyebabkan pemilik AEK Athens, Dimitris Melissanidis benar-benar kecewa. Kelab ini juga telah bersetuju dengan terma syarat dengan Jorge Diaz, tetapi perpindahan ini tidak akan berlaku kecuali Pereyra Diaz dan JDT mencapai penyelesaian secara baik berhubung dengan pampasan, " tambah Johnny. 

Baca: PEREYRA DIAZ SAH AKAN KE AEK ATHENS FC

Difahamkan AEK Athens sudah bersetuju secara lisan bersama Pereyra Diaz bahawa kelab Greece itu akan melengkapkan perpindahan itu dengan syarat Diaz sudah meninggalkan JDT sebagai ejen bebas (free agent). Free agent bermaksud pemain profesional yang tidak terikat dan mempunyai apa-apa kontrak bersama pasukan lain. Oleh itu, AEK Athens tidak perlu membayar wang perpindahan terhadap pasukan lama Diaz iaitu JDT. 

Sudah pasti isu perpindahan ini menjadi sulit kerana seolah-olah Pereyra Diaz dan JDT mempunyai kisah pahit pertelingkahan yang tidak diketahui umum. Kembali pada bulan November lalu, Johor DT mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa mereka telah menerima dua tawaran untuk Diaz dan penyerang utama JDT ini tidak akan menjadi sebahagian daripada skuad pada tahun 2017. Kira-kira tiga minggu kemudian, Diaz memuat naik status panas melepaskan kemarahan di akaun Facebook milik beliau terhadap kelab bola sepak, yang identitinya tidak dinyatakan dalam status beliau tersebut. [Bunghole tidak merujuk kepada nama kelab arak. tapi kata nista]

Jorge Pereyra Diaz marah kepada JDT di Facebook
Photo Credit: Jorge Pereyra Diaz (Facebook)

Jorge Pereyra Diaz marah kepada JDT di Facebook
Photo Credit: Jorge Pereyra Diaz (Facebook)

Status Facebook Pereyra Diaz menjadi viral

Status Facebook Pereyra Diaz ini ternyata menjadi viral seperti didedahkan oleh fanpage Perkembangan Bolasepak Semasa pada malam tersebut. Turut menjadi perbalahan di kalangan peminat bolasepak tempatan selepas Pereyra Diaz didakwa cukup berang mengherdik mengeluarkan kata nista terhadap seseorang. Namun individu dimaksudkan oleh Pereyra Diaz telah dirahsiakan.

Satu hari kemudian, Harimau Selatan mengesahkan bahawa Jorge Diaz akan meninggalkan kelab itu kerana mereka tidak mampu menandingi permintaan gaji barunya. 

"Saya telah membuat keputusan dan pihak pengurusan telah bersetuju untuk menjual penyerang asing kita Jorge Pereyra Diaz kerana kita telah menerima satu tawaran yang baik untuk kelab. Dia mahu kekal di sini, tetapi kita tidak mampu membayar gaji baru diminta dan kita perlu mengawal perbelanjaan kelab itu, " kata pengurus JDT Mario Gomez, melalui satu kenyataan kelab. 

Walaupun menjadi penjaring gol prolifik, ini bukan kali pertama Diaz telah menyebabkan masalah kepada kelab. Kembali pada 2015, Diaz telah dihantar dipinjamkan sementara untuk kelab Independiente, selepas didakwa bergaduh dengan ketua jurulatih mereka pada ketika itu, Bojan Hodak. Beliau kemudian dibawa balik ke kelab itu pada 2016, ketika Mario Gomez menjadi jurulatih baru yang bertanggungjawab bagi pasukan JDT. 

Jorge Pereyra juga memainkan peranan penting dalam kejayaan hebat kempen musim 2016, menjaringkan sejumlah 32 gol dalam semua pertandingan. Penyerang Argentina itu membentuk gandingan mantap bersaman Juan Martin Lucero. Pada bulan Disember, Diaz diundi sebagai pemain Asing Terbaik MSL 2016 dalam majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016

Martin Lucero berterima kasih pada JDT di Instagram
Martin Lucero berterima kasih pada JDT di Instagram


Martin Lucero telah meninggalkan kelab JDT tetapi tidak seperti kisah Diaz. JDT berjaya menjual Juan Martin Lucero secara baik ke kelab Mexico iaitu Club Tijuana, yang diberitakan memperolehi keuntungan kira-kira RM11 juta. Bekas penyerang Independiente itu mengucapkan terima kasih kepada peminat Johor DT di Instagram dan menyatakan bahawa beliau amat bersyukur kerana dapat menghabiskan setahun dalam keluarga besar JDT disini.

JDT tolak permintaan pampasan RM2.3 juta Jorge Pereyra Diaz. Buat masa ini, perpindahan ke AEK Athens ini tidak akan terjadi jika Diaz sanggup menurunkan permintaan beliau  atau JDT sanggup menerima permintaan Pereyra Diaz. Namun pihak AEK Athens sedang mempertimbangkan menamatkan usaha ini untuk mencari sasaran pemain lain, iaitu sebelum jendela perpindahan Januari ditutup pada dua minggu lagi. Walau bagaimanapun, sekiranya langkah itu berlaku, Diaz akan mengikuti jejak langkah Patito Rodriguez, yang juga bermain untuk JDT pada 2015, sebelum menandatangani untuk AEK Athens pada 2016.

sumber: FourFourTwo


Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "JDT TOLAK PERMINTAAN PAMPASAN RM2.3 JUTA PEREYRA DIAZ"

  1. Assalamualaikum
    senang sekali saya bisa menulis kisah nyata kami
    dan berbagi kepada teman-teman disini.

    Meski hidup dalam keprihatinan, karena hanya mengandalkan penghasilan dari jual gorengan, namun rumah tangga kami terbilang harmonis. Jika berselisih paham, kami selalu menempuh jalan musyawarah. Hal itu wajib kami terapkan untuk menutupi aib dan segala bentuk kekurangan yang ada dalam rumah tangga kami agar tidak terdengar oleh orang luar. Karena begitulah pesan dari para orang tua kami.

    Hari demi hari aku habiskan hanya untuk bekerja dan bekerja. Hal itu aku lakukan, selain sadar akan tanggung jawabku sebagai orang tua , juga ingin menggapai harapan dan cita cita. Yah, mungkin dengan begitu ekonomi keluargaku dapat berubah dan aku bisa menyisihkan sedikit uang penghasilanku itu untuk masa depan anak-anakku dikemudian hari. Namun semua itu menjadi sirna.

    Selanjutnya kami pun melangkah untuk mencobanya minta bantuan melalui dana gaib tanpa tumbal,alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan.

    Jalan ini akan mengubah kemiskinan menjadi limpahan kekayaan secara halal dan tidak merugikan orang lain.

    Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami,
    saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami.
    Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan
    hubungi Ki Witjaksono di:+62852-2223-1459
    Supaya lebih jelas kunjungi blog

    KLIK-> ~PESUGIHAN~

    ReplyDelete