AEK ATHENS BERKUBUR, PEREYRA DIAZ KINI AKAN KE CLUB LEON DI MEXICO

Impian ke AEK Athens musnah, Pereyra Diaz tukar haluan ke Mexico. Jorge Pereyra Diaz ternyata ingin tinggalkan JDT seberapa segera. Dikhabarkan perpindahan Pereyra Diaz ke kelab gergasi Greece, AEK Athens sudah mencapai jalan buntu selepas AEK Athens sudah kecewa menunggu pelepasan Jorge Pereyra Diaz dari kelab JDT.

Jorge Pereyra Diaz akan ke Club Leon di Liga MX
Jorge Pereyra Diaz akan ke Club Leon di Liga MX


Diaz telah meminta wang pampasan 500k Euro kerana penamatan kontrak awal namun JDT menolak permintaan itu dan hanya sanggup beri 100k Euro buat Diaz. 


Kini dikhabarkan Jorge Pereyra Diaz akan terbang ke Mexico untuk menyertai pasukan Club Leon di Liga MX Mexico. 

Pereyra Diaz akan sertai Club Leon

Sumber melalui wartawan SoloDeporteMex, beliau telah mendedahkan bahawa Jorge Pereyra Diaz akan menyertai Club Leon itu untuk bergandingan dengan penyerang prolifik kelab tersebut Mauro Boselli juga dari Argentina. Mauro Boselli sudah mencetak 70 gol dalam 115 penampilan untuk Club Leon sejak tahun 2013. Pernah menyertai Wigan Athletic di EPL pada tahun 2010 dan juga pernah mewakili kelab Boca Juniors dan Estudiantes.

Club Leon sedang mencari penyerang untuk menggantikan ketiadaan pemain penyerang mereka Germán Cano yang sedang mengalami kecederaan. Menurut laporan AM Newspaper, Jorge Pereyra Diaz adalah nama yang paling disebut-sebut akan menyertai pasukan Liga MX itu.

Kelebihan Pereyra Diaz yang berusia 26 tahun itu memiliki susuk tubuh yang baik dan juga boleh bermain sebagai pemain perancang. Dia pantas, boleh bermain secara berpasukan dan salah satu kekuatan penting dimiliki oleh Diaz adalah boleh membantu penyerang, dan bukan melakukannya seorang diri.


Bakal bakal bertemu kembali Martin Lucero

Jika Pereyra Diaz sah menyertai kelab Club Leon itu, maka Diaz bakal berpeluang untuk bertemu pasangan gandingannya di JDT pada musim lepas iaitu Juan Martin Lucero yang telah sah menyertai Club Tijuana sebelum ini. Dijadualkan pertemuan Club Leon dan Club Tijuana pada 5 Februari dalam aksi Liga MX.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AEK ATHENS BERKUBUR, PEREYRA DIAZ KINI AKAN KE CLUB LEON DI MEXICO"

Post a Comment