MALAYSIA BOLEH KEJAR ANUGERAH LAIN SELAIN PUSKAS AWARD

Liverpool, Dortmund fans produce stirring rendition of 'You'll Never Walk Alone'
Liverpool, Dortmund fans produce stirring rendition of 'You'll Never Walk Alone'

Selain Puskas Award, ada anugerah FIFA lain yang kita boleh dapat sebenarnya.

Pertama sekali, tahniah buat Faiz Subri atas terangkulnya anugerah bola sepak tertinggi, yang hampir mustahil boleh dibawa pulang ke tanah Malaysia. Benarlah kata-kata pujangga orang dulu kala, 'Tiada Yang Mustahil' dalam dunia ini.

Tahniah juga buat Media Prima atas liputan siaran langsung Pulau Pinang melawan Pahang atas terakamnya gol itu dan tahniah buat FAM yang menghantar video itu kepada FIFA. (Satu-satunya jasa FAM kepada Malaysia mungkin).

Puskas ni kira anugerah yang baharu. Baru 8 tahun. Kalaulah 2007 dah ada Anugerah Puskas, pasti Hardi Jaafar dan gol lencongannya melawan Singapura di Piala AFF 2007 akan tercalon, setidak-tidaknya.

Ramai kawan-kawan saya akan menulis panjang pasal Faiz Subri ni. Tapi saya agak tertarik dengan satu lagi anugerah yang boleh dibawa ke Malaysia. Bukanlah Pemain Terbaik The Best. Itu memang sangat mustahil.

Tapi tentang Anugerah Penyokong Terbaik FIFA. Ada tiga calon terbaik:

1) Dimenangi Penyokong Liverpool - Dortmund, kedua-dua penyokong menyanyikan bersama lagu 'You'll Never Walk Alone' sebagai memperingati ulangtahun Tragedi Hillsborough ke 27, sehari selepas perlawanan.

2) Viking Clap Iceland, di pertemuan suku akhir Euro 2016. Bagaimana seluruh stadium boleh membuat 'Tepukan Viking' serentak yang amat menderaukan darah.

3) Kumpulan penyokong ADO Den Haag yang membaling 'soft toy' kepada penyokong Feyenoord di liga Belanda. Ya. Mereka membaling 'soft toy' kepada kumpulan pesakit kanak-kanak dan staf hospital sebagai tanda sokongan, yang mana kumpulan itu puak kumpulan lawan.

Apa yang boleh diperhatikan dalam ketiga-tiga kumpulan penyokong ini, mereka tak perlukan flare, api, bom asap, bunga api, terjerit-jerit, maki-maki hamun, vuvuzela, memukul penyokong pihak lawan atau perkara-perkara negatif. Mereka mempamerkan kemanisan dalam bola sepak. Kemakmuran.

Sungguhpun mereka bukanlah kuasa besar bola sepak (termasuk Liverpool), tapi mereka menjadikan bola sepak sebagai medium suara kecintaan dan harmoni dan menjadikan bola sepak itu indah.

Tak dapatlah kita pastikan bila kali terakhir kita begitu harmoni dan bersatu dalam menyokong, menonton bola sepak. Kali terakhir paling menderaukan seingatnya, tahun 2011, Malaysia bertemu Singapura di Bukit Jalil untuk kelayakan Piala Dunia. Kita semua menyanyikan lagu Negaraku dengan semangat dan seperti ada ngauman dalam stadium.

Yang lain? Takde. Rasanya kita semua lagi sedap beduk penyokong pihak lawan. Ingat lagi kes penyokong Vietnam?

Manalah tahu kan, kalau kita semua ubah cara menengok bola, ada satu lagi anugerah boleh diterbangkan ke Malaysia jauh dari Zurich sebagaimana tak mustahilnya dilakukan Faiz Subri. Haaa. An? An?

sumber FB: Khuzrin Kamarudin


Penyokong Malaysia kena ubah mentaliti. Sudah sudah bergaduh dalam stadium. Jarang kita boleh lihat fenomena suasana gempak dalam stadium seperti kemeriahan perlawanan akhir. Dibantu oleh ultras, memang awesome.

Berdiri bulu roma bila penyokong Kelantan menyanyikan "Yuh Ayuh. Ayuh Kelate ku. Hari ini.. Kita pasti menang" sambil diiringi paluan gendang serta melakukan gerakan mexican wave. Lagu “Semangat Anok Kelate” itu mempunyai aura tersendiri. Sebab itu penyokong Kelate selalu berimpikan masuki perlawanan final Bukit Jalil, dimana dapat berkonvoi dan rasai aura lain maciaam.

Penyokong Pahang antara yang paling gempak jugak, penyokong yang sentiasa bagi kerjasama penuh bersama Ultras Pahang - Elephant Army. Terdiam penyokong Kelantan malam final vs Pahang kalau rodong rodong semua buka mulut. Bila kedua-dua pasukan bergabung membuat lautan cahaya lampu dari phone tu memang awesome!

Penyokong Selangor yang seirama sekata melaungkan lagu semangat Inilah Barisan Kita, khusyuk je tengok diorang chanting. JDT dengan Boys of Straits juga cetus fenomena beberapa tahun kebelakangan ini. Corteo dan Pyroshow antara trademark diorang. Selain aksi blowing bubble, hujan tisu di dalam stadium. Fuhhhh macam kat Europe.

Kedah tidak terkecuali. Penyokong yang sentiasa memeriahkan stadium. Paluan gendang dan nyanyian "Biar jasa jadi kenangan" bergema di Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 lalu pun sudah cukup buat bulu roma berdiri.

Penyokong negeri lain pun tak kurang hebatnya. Semoga aksi Liga Malaysia 2017 lebih menarik. Cipta suasana gempak, meriahkan liga kita. Liga kita, wajah kita bak kata Tabah Syazwan!

Mana tahu ada peluang raih Anugerah Penyokong Terbaik FIFA nanti.



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MALAYSIA BOLEH KEJAR ANUGERAH LAIN SELAIN PUSKAS AWARD"

Post a Comment