Real Madrid menyamai rekod kebal Barcelona

Real Madrid menyamai rekod kebal Barcelona
Real Madrid menyamai rekod kebal Barcelona

Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane gembira apabila skuad kendaliannya berjaya menyamai rekod Barcelona yang beraksi tanpa kalah dalam 39 perlawanan dengan penuh cemerlang.

Rekod tersebut hadir menerusi aksi bertenaga para pemain yang selesa membelasah Granada 5-0 pada kancah La Liga kelmarin.

Walaupun gembira, bekas pemain antarabangsa Perancis tersebut berharap para pemain tidak akan dibuai ­dengan kecemerlangan yang di­cipta itu sambil menegaskan masih ­banyak perkara yang perlu dilalui pada baki saingan liga musim ini.

“Sudah tentu saya berasa puas dengan kejayaan ini. Kami sangat gembira kerana berjaya menyamai rekod yang dicipta oleh skuad Barcelona tetapi perkara yang paling mustahak ialah kekal fokus kepada perlawanan seterusnya dengan menentang Sevilla pada aksi Piala Raja Sepanyol, Khamis ini,” ujarnya.

Pada aksi yang berlangsung di Santiago Bernabeu itu, pemain ­tengah, Isco terlebih dahulu berjaya menemui jaring gol menerusi rembatan kencang pada minit ke-12 disusuli gol kedua oleh penyerang, Karim Benzema (m-21).

Pemain terbaik dunia 2016, Cristiano Ronaldo turut mencetak nama selaku penjaring menerusi tandukan kencang selepas menerima hantaran lambung daripada pemain pertahanan, Marcelo selang enam minit kemudian.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-31, Isco sekali lagi menceriakan para penyokong menerusi ledakan gol keempat, manakala gol terakhir diperoleh menerusi pemain tengah, Casemiro menerusi rembatan­ kencang dalam kotak penalti berpunca daripada sepakan percuma­ yang disempurnakan oleh James Rodriguez (m-58).

Dalam pada itu, Zidane yang juga bekas pemain Madrid berikrar untuk memberi peluang kepada semua pemainnya beraksi mengikut giliran masing-masing.

“Saya mahu semua pemain gembira dengan memberi peluang untuk mereka turun ke padang. Jika kami mempunyai 24 pemain dalam satu kumpulan, sudah tentu semuanya akan diberi peluang untuk mempamerkan prestasi masing-masing.

“Cuma ada dalam kalangan mereka­ akan diberi peluang yang lebih bergantung pada kebolehan masing-masing,” jelasnya.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Real Madrid menyamai rekod kebal Barcelona"

Post a comment