KIKO INSA SAH MILIK PAHANG DAN MALAYSIA | Francisco Kiko Insa sudah rasmi sah didaftarkan sebagai pemain tempatan Pahang FA bagi saingan Liga Malaysia 2017. Berita ini amat mengejutkan para peminat pemerhati bolasepak Malaysia apabila pemain warganegara Sepanyol ini layak didaftarkan sebagai pemain tempatan selepas heboh berita ayahnya berasal dari Sabah.
Kiko Insa aksi bersama Pahang FA vs Perak malam tadi |
Kiko Insa muncul pemain naturalisasi baru skuad Pahang selepas berjaya membawa pulang Matthew Davies dari Australia beberapa tahun sebelum ini. Kiko Insa memberitahu bahawa keputusan menyertai pasukan Tok Gajah adalah tepat kerana beranggapan pasukan Pahang FA mampu memberi cabaran dalam saingan kejuaraan Liga Malaysia 2017 musim ini.
Pemain tinggi lampai ini berusia 28 tahun dan dilahirkan di Sepanyol. Kiko Insa pernah beraksi di kelab divisyen tiga Sepanyol, CD Alcoyano dan kelab Belgium, Ur Namur. Dan selepas itu kelab Arema Cronus di Liga Indonesia telah mengikat kontrak Kiko Insa selama 5 tahun. Selepas terjadinya insiden pergaduhan dengan pengendalian kelab tersebut, coach Milo meminjamkan Kiko Insa ke pasukan Bali United. Berjaya menampilkan aksi cemerlang di atas padang dan diminati oleh peminat di sana.
Berdasarkan pengalaman, Kiko Insa berkemampuan beraksi di posisi tengah dan pertahanan. Menampilkan corak permainan keras dan mampu juga menjaringkan gol buat pasukan.
Berdasarkan pengalaman, Kiko Insa berkemampuan beraksi di posisi tengah dan pertahanan. Menampilkan corak permainan keras dan mampu juga menjaringkan gol buat pasukan.
Kiko Insa pemain baru Pahang FA
Kiko Insa bersedia mewakili Malaysia
Kiko Insa akui gembira kerana hajatnya memperoleh kerakyatan negara ini tercapai. Dan berita yang lebih gembira buat peminat bolasepak Malaysia, Kiko Insa telah mengesahkan kesediaan untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia jika diberikan peluang bersama Harimau Malaya. Ong Kim Swee seharusnya mengambil peluang keemasan untuk menguji tenaga baru buat skuad Malaysia yang agak lemah longlai.
"Saya sangat gembira kerana mendapat status naturalisasi sebagai rakyat Malaysia dan saya bersedia menyarung jersi skuad negara jika khidmat saya diperlukan."
Menari. Boleh tahan lawak jugak si Kiko Insa ini.
Pernah trial di Sarawak sebelum sertai Pahang FA
Francisco Kiko Insa sebelum ini pernah menerima tawaran dan menjalani ujian bersama skuad Sarawak, namun mengubah haluan pada saat-saat akhir untuk bersama Pahang.
Keyakinan kemampuan skuad Pahang 2017 bersandarkan kepada Pahang kembali dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Dollah Salleh serta kemasukan ramai pemain berstatus bintang tempatan serta pemain import berkualiti pada musim perpindahan pemain Liga Malaysia 2017 kali ini.
Kiko Insa menyatakan beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Dollah Salleh yang disifatkan sebagai jurulatih yang baik dan berpengalaman di Liga Malaysia.
Untuk rekod, Pahang berjaya menarik Syamim Yahya (Felda United), Wan Zaharulnizam dan Muslim Ahmad (Kelantan), Joseph Kalang Tie, Ashaari Shamsuddin, Nordin Alias (Terengganu) serta Nurridzuan Abu Hassan (Perak). Manakala Julius Oiboh, Matheus Alves, Hae Jae-won dan Mohamadou Sumareh.
Baca juga : Senarai Pemain Pahang 2017
"Musim 2017 merupakan tahun yang penting buat pasukan Pahang dalam saingan Liga Super dan mereka telah melakukan rombakan besar-besaran pasukan untuk mendapatkan pemain-pemain berkualiti tinggi.
Semoga kehadiran Kiko Insa dalam skuad Pahang serta Malaysia akan memperkuatkan lagi pasukan ini di masa akan datang.
Ramai orang kata program ini baik, boleh bantu masalah kewangan, saya cadangkan anda lihat dahulu, jangan sertai apa2 lagi
ReplyDeleteAzam Ahmad
01132422070 ( call/ whatsapp )
sifuazam.com
www.toneexcel.biz/1356977