Pada 19 Disember 2016 menjadi tarikh bersejarah dalam sejarah bolasepak Uzbekistan apabila kelab gergasi J-League, Jubilo Iwata mengumumkan pembelian Fazil Musaev, iaitu pemain dari kelab FC Nasaf Karshi di Liga Uzbekistan.
Dengan ini, Fazil Musaev menjadi pemain warga Uzbekistan pertama yang telah berjaya memasuki liga terkemuka J-League. Pemain berusia 27 tahun ini beraksi di posisi pertahanan tengah dan juga mampu bermain di posisi pertahanan bertahan (DMF).
“Ia adalah perasaan yang luar biasa menjadi pemain Uzbekistan pertama di J-League. Saya suka untuk menhhadapi cabaran baru dan akan bekerja keras untuk mewakili negara saya dan menaikkan standard kualiti pemain berasal dari Uzbekistan. Saya yakin J-League adalah salah satu liga terbaik di Asia dan saya berharap mampu bermain bersaing di sini.” ujar Musaev ketika diwawancara oleh pihak J-League.
Musaev telah mewakili Uzbekistan di beberapa peringkat antarabangsa. Dia bermain untuk Uzbekistan U-19 dalam AFC U-19 Championship 2008. Pada tahun 2011 beliau bermain untuk Uzbekistan U-22 dan 2012 untuk Uzbekistan U-23 dalam kelayakan perlawanan Sukan Olimpik 2012. Dia bermain perlawanan pertamanya untuk pasukan utama kebangsaan pada 1 Februari 2009 ketika perlawanan persahabatan menentang Azerbaijan berakhir dengan 1-1.
Tahniah Fazil Musaev.
0 Response to "Fozil Musaev Menjadi Pemain Uzbekistan Pertama di J-League"
Post a Comment