Mamadou "Futty" Danso import baru TRW 2017

TRW membawa masuk pertahanan dari Gambia  ke skuad TRW 2017 iaitu Mamadou Danso selepas menghantar balik Okiki Afolabi dan Cedric Djeugoue gagal dalam ujian kesihatan dan kecergasan serta masalah dokumentasi. Pemain ini lebih dikenali sebagai Futty Danso di Amerika.

Mamadou Futty Danso sudah tiba di Kota Bharu
Mamadou Futty Danso sudah tiba di Kota Bharu

Mamadou "Futty" Danso (lahir April 27, 1983) baru sahaja tiba di Kota Bharu sebentar tadi. Pemain tinggi lampai 1.91m ini akan menjadi tonggak pertahanan TRW 2017 jika memenuhi citarasa pengendali Zahasmi Ismail serta lulus ujian.

Pertahanan Gambia berpengalaman luas di US

Bekas pemain kebangsaan Gambia kini berusia 33 tahun bermain untuk Rayo OKC di North American Soccer League. Sudah memiliki 10 caps serta jaring satu gol buat skuad kebangsaan Gambia. Pemain ini lebih berpengalaman di Major League Soccer (MLS) di United States bersama pasukan Portland Timbers dan Montreal Impact.

Futty Danso ketika bersama Rayo OKC
Futty Danso ketika bersama Rayo OKC

Jangan risau. Ini bukan pemain yang dibawa oleh ejen bermasalah Marcelo Houseman. Mamadou Danso telah dibawa oleh ejen FIFA, WASSERMAN MEDIA GROUP yang juga bertanggungjawab membawa Damion Stewart dan Ugo Ukah dalam saingan Liga Malaysia. Agensi ini turut bertanggungjawab mengatur karier Nacer Chadli (West Brom) dan Divock Origi (Liverpool).

Bermain penuh 90 minit dalam 32 perlawanan tanpa ditukar !

Paling penting mempunyai rekod penampilan bersih bagi musim 2016 bersama Rayo OKC apabila bermain penuh 90 minit 32 game (2880 minit) dan berjaya menjaringkan 4 gol. Hanya sekali diletakkan di bangku simpanan. Sebagai pemain pertahanan, itu sangat luar biasa. Bukan "ayam sakit" bak kata orang Kelantan.

Rekod penampilan karier Mamadou Futty Danso
Rekod penampilan karier Mamadou Futty Danso


Pemain ini mempunyai kebolehan menjaringkan gol terutama tandukan maut dari kepala botak beliau. Futty Danso juga menghasilkan gol buat Rayo OKC melalui tandukan ketika bertemu New York Cosmos pada November lalu yang juga erlawanan terakhir Futty Danso bersama Rayo OKC. Musim yang hebat buat Futty Danso.


Mamadou Danso menanduk masuk gol FK | Portland Timbers vs Seattle Sounders FC




Semoga kehadiran pemain dari Gambia ini, Mamadou Futty Danso ke dalam skuad TRW 2017 akan memperkuatkan lagi skuad TRW kendalian Zahasmi Islmail dalam kancah Liga Malaysia 2017.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mamadou "Futty" Danso import baru TRW 2017"

Post a Comment