INILAH APACHE ASSASSIN JDT BARU!

Jerónimo Barrales

Inilah penyerang baru skuad JDT 2017. Jerónimo Barrales digelar sebagai Apache Assassin merupakan penyerang di kelab CA Huracán dalam Primera División Argentina. 

Menurut Mario Gomez pengendali pasukan JDT, pemain terakhir untuk menyertai JDT yang juga akan mengantikan tempat Juan Martin Lucero ialah penyerang dari Argentina. Beliau lebih dikenali sebagai "Apache Assassin". Itulah hint yang diberi semalam seperti diberitakan oleh laman rasmi JST. Dan itulah dia Jerónimo Barrales!

Penyerang berusia 29 tahun ini pernah juga bermain di kelas Asteras Tripoli bersama pemain JDT II yang baru iaitu Nico Fernandez. 

Pada 5 Julai 2013, Barrales ditandatangani oleh Asteras Tripoli F.C. dengan bayaran yang tidak didedahkan. Dia membuat penampilan Superleague Greece beliau pada 18 Ogos, bermain 90 minit penuh ketika seri 3-3 menentang PAS Giannina FC. Barrales dikaitkan dengan Standard Liège pada April 2015, 

Selepas persembahan yang cemerlang yang akhirnya membawa beliau untuk dinobatkan penjaring terbanyak liga dalam kempen 2014-15 dengan 17 gol, Membantu pasukannya untuk kedudukan keempat. Selain itu, beliau menjaringkan tiga kali pada peringkat kumpulan UEFA Europa League, dua kali menentang Tottenham Hotspur. Pada 18 Ogos 2015, Barrales menyertai kelab Turki Sivasspor selepas bersetuju dengan kontrak tiga tahun dengan nilai € 1.500.000

Asteras striker Jeronimo Barrales (tiga dari kiri) raikan gol vs Tottenham Hotspurs

Namun prestasi Jerónimo Barrales merudum di Sivasspor apabila tidak mampu menjaringkan sebarang gol dalam musim 2015/16 sehingga menyebabkan pasukan ini tersingkir dari saingan Super Lig Turki ke liga bawahan selepas duduki tangga tercorot liga. Selepas hanya beraksi 64 minit bersama Sivasspor bagi musim ini, Jerónimo Barrales telah dipinjam kepada kelab CA Huracan di Argentina namun masih gagal mencetak sebarang gol selepas 9 perlawanan.

2 musim kemarau gol, Jerónimo Barrales mungkin ada misi penting di saingan Liga Malaysia 2017 nanti. Jaga-jaga!


Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "INILAH APACHE ASSASSIN JDT BARU!"

  1. Jdt kalau main system target man. Naik la nama mamat ni.

    ReplyDelete