4 CALON PEMAIN IMPORT PAHANG 2017

Kiko Insa bekas pemain Arema Cronus di Indonesia

Barisan pemain yang bakal menggalas cabaran Pahang pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini akan diumumkan secara rasmi pada Karnival Pahang Super Fans di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, 14 Januari ini.

Namun, inilah bayangan 4 calon pemain import yang hampir pasti menjadi watak penting buat Pahang bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2017.

1- Mohamadou Sumareh (Midfielder - Gambia)
2- Heo Jae-won (Pertahanan Tengah - Korea)
3. Julius Oiboh (Penyerang - Nigeria)
4. Kiko Insa (Pertahanan Tengah - Spain)

Pahang telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh ma­lam kelmarin yang memihak ke­pada pasukan Pahang de­ngan keputusan 3-2.

Gol Pahang pa­­da perlawanan tersebut di­jaring­kan oleh Afif Amiruddin, Wan Zaharulnizam dan Mohamadou Sumareh.

Sumareh sudah fasih dengan Liga Malaysia

Perlawanan tersebut menyaksikan skuad Tok Gajah menurunkan kesemua tonggak pemain import iaitu Julius Oiboh, Kiko Insa, Heo Jae Won dan Sumareh.

Jelas Dollah, semua pemain import baharunya telah mempamerkan kualiti permainan yang membanggakan dan ia membawa petanda buat pasukan Pahang yang melalui prestasi turun naik musim lalu.

Heo Jae Won bekas pemain Daegu FC

“Para pemain mempunyai satu lagi peluang untuk mempamerkan prestasi sebenar apabila turun menentang Tampines Rovers Singapura di negara berkenaan pada 10 Januari ini,” katanya.

Tambahnya, seramai 31 pemain yang sedang menjalani latihan intensif dan sedang diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini melibatkan Mohd. Helmi Eliza Elias, Matthew Thomas Davies, Mohd Saifulnizam Miswan, R. Dinesh, Christie Jayaselan, Mohd Faisal Halim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Julius Oiboh dan Ahmad Syamim Yahya.

Pemain lain ialah Joseph Kalang Tie, Mohd. Faisal Rosli, Heo Jae Won, Nurridzuan Abu Hassan, Ahmad Nordin Alias, Afif Amiruddin, Mohd. Nor Azam Abdul Azin, Zubir Azmi serta Mohd Ashari Samsudin.

Turut disenaraikan un­tuk menjalani sesi pemilihan ialah Mohd. Saufi Mohd., Salamon Raj, Muslim Ahmad, Ean Azraie Wah Teh, Mohamadou Sumareh, R. Kogileswaran, Mohd. Ashar Al-AAfiz Abdullah dan Kiko Insa.

Julius Oiboh bekas pemain BB-CU di Liga Thai




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "4 CALON PEMAIN IMPORT PAHANG 2017"

Post a Comment