GAMBAR JERSI FELDA UNITED 2017

Tinggal beberapa hari sahaja lagi saingan Liga Super 2017 akan membuka tirainya dan setiap pasukan dilihat me­lakukan persiapan rapi bagi menghadapi saingan yang dijangka berlangsung sengit pada musim ini.

Felda United tidak terkecuali apabila memperkasakan pasukan dengan membawa masuk ramai pemain baharu termasuk tiga pemain import selain mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bagi membina keserasian dalam kalangan pemain.

PEMAIN dan pegawai Felda United bergambar dalam Majlis Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersey Tahun 2017 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka
PEMAIN dan pegawai Felda United bergambar dalam Majlis Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersey Tahun 2017 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

Felda United mempertaruhkan 16 muka baharu termasuk tiga import bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC tahun ini. Mereka termasuklah bekas pemain Pahang, Wan Zack Haikal Wan Nor dan bekas pemain Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha.

Majlis pengenalan pemain dan pengurusan skuad The Fighters diadakan di Stadium Tun Abdul Razak (STAR) di Jengka, Pahang 7 Januari lepas. Majlis pelancaran berkenaan disempurnakan Penaung Felda United, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan turut dihadiri Presiden Felda United, Datuk Hanapi Suhada. 

Jurulatih Felda United, Azmi Mohamad berkata, gabungan muka lama dan baharu ini diharap dapat merealisasikan impian mereka untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim ini. The Fighters kekal diketuai Mohd Shukor Adan yang juga tonggak pertahanan tengah pasukan musim lalu.

Turut diperkenalkan jersi baru FELDA United yang kekal menggunakan jenama FBT dengan warna oren kekal pilihan utama selain biru dan putih.

Jersi rasmi Felda United FC musim 2017 tajaan jenama Thailand, FBT yang diperkenalkan itu terdiri daripada warna oren (home), biru (away) dan putih (alternate).

Gambar Jersi Felda United 2017

Jersi Baru Pasukan Felda United 2017. Untuk penyokong Felda United, ini dia gambar jersi baru Felda United 2017 yang telah dilancarkan baru baru ini.


Gambar Jersi Felda United Home 2017

Gambar Jersi Felda United Home 2017



Gambar Jersi Felda United Away 2017

Gambar Jersi Felda United Away 2017

  
Gambar Jersi Felda United Alternate 2017

Gambar Jersi Felda United Alternate 2017


Gambar Mat Yo bersama Jersi Felda United 2017 Terbaru

Gambar Mat Yo bersama Jersi Felda United 2017 Terbaru



Semoga dengan pelancaran jersi baru ini, pasukan Felda United akan terus cemerlang pada aksi Liga Malaysia 2017 dan Piala AFC.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "GAMBAR JERSI FELDA UNITED 2017"

Post a Comment