Bekas pemain Home United di Liga Singapura ini menandatangani kontrak setahun bersama Kedah FA bagi musim 2017. Pemain berusia 30 tahun ini berpengalaman beraksi di Liga Denmark, Belanda, German, China dan Singapura.
Ken Ilso meninggalkan Singapura Home United pada bulan Disember selepas berjaya meledakkan 36 gol dalam 52 penampilan sejak dua musim lalu. Ken Ilso komited untuk membantu Kedah mencabar kejuaraan 4 piala musim ini.
Sebelum itu, pemain ini bermain untuk kelab Jerman Fortuna Dusseldorf dan VfL Bochum 2010-2014 sebelum membuat debut Asia dengan Guangzhou R & F dalam Liga Super China.
Dengan kuota pemain import penyerang skuad hijaukuning sudah dipenuhi, kini tumpuan terarah pencarian seorang lagi pemain import bahagian pertahanan yang kini menjadi persaingan antara 2 pemain import ujian dari Korea, Ahn Jae Hoon dan Jang Suk Won.
Selamat datang ke Alor Setar dan berjuanglah sejiwa murni!
Pasti aksi perlawanan pra-musim beliau dinantikan malam ini menentang PDRM FA!

0 Response to "KEN ILSO PELEDAK BARU KEDAH"
Post a Comment