ISSEY KEKAL DI TERENGGANU



KETUA Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan Issey Nakajima Farran akan terus kekal bersama Terengganu musim depan.

Menurutnya, hasil perjumpaan kedua-dua pihak Selasa lalu telah mencapai keputusan positif demi masa depan pasukan Terengganu.

"Setelah berbincang panjang dari hati ke hati tempoh hari, kami telah membuat keputusan untuk mengekalkan Issey atas beberapa faktor.

"Yang pertama, berkaitan kontrak yang mana Issey masih mempunyai kontrak bersama pasukan. Walaupun kami masih boleh mengubah kontrak tersebut berikutan kehilangannya sebelum ini, tetapi saya sebagai jurulatih tetap mengamalkan sikap terbuka dan bertolak-ansur," katanya.

Sebelum ini, Irfan pernah membuat kenyataan bahawa Issey tiada dalam perancangannya untuk skuad Penyu musim depan berikutan kehilangannya tanpa sebab selama dua bulan selepas tamat Liga Super musim lalu.

Kata bekas Pengendali Felda United itu, Issey juga telah memohon maaf dan turut menyuarakan hasrat untuk mengakhiri kariernya di Terengganu.

"Dia juga mahu membantu pasukan kembali bangkit di dalam saingan musim depan.

"Selain itu, Issey juga dikekalkan kerana dia mempunyai kelebihan bermain di beberapa posisi yang mana ia baik untuk pasukan. Tugasnya kini ialah untuk menyesuaikan diri dengan corak latihan yang saya terapkan," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ISSEY KEKAL DI TERENGGANU"

Post a Comment