PREVIEW LIGA SUPER: JDT IMPI PENTAS LIGA JUARA-JUARA ASIA 2017

Bagaimana pasukan paling ampuh di Malaysia ketika ini akan mencorak perjalanan mereka bagi musim 2017? Pasukan  Johor Darul Ta'zim (JDT) telah meletak penanda aras yang begitu tinggi untuk mereka capai bagi musim baru bakal tiba. Kejayaan JDT mempertahankan kejuaraan Liga Super buat tahun ketiga berturut-turut, lebih menakjubkan apabila dimenangi tanpa sebarang kekalahan. 

JDT IMPI PENTAS LIGA JUARA_JUARA ASIA 2017
JDT IMPI PENTAS LIGA JUARA_JUARA ASIA 2017


Bagi musim Liga Malaysia 2016, JDT telah berjaya menjulang kejuaraan Piala Sumbangsih menumpaskan pasukan Selangor, membawa pulang Piala FA buat kali pertama selepas perlawanan dramatik bangkit dari ketinggalan menang 2-1 dalam aksi perlawanan akhir bertemu PKNS FC. JDT menjadi pasukan berstatus kelab pertama di Malaysia berjaya julang Piala FA sejak dipertandingkan pada 1990.

Kejayaan menjadi pasukan pertama di Malaysia merangkul kejuaraan Liga Super buat tahun ketiga berturut-turut akan sukar dituruti oleh pasukan lain terutama rekod tanpa kalah, menang 18 daripada 22 perlawanan. Walaupun gagal pertahan kejuaraan Piala AFC 2015, kejayaan JDT menembusi hingga ke peringkat separuh akhir ternyata sudah cukup boleh dibanggakan oleh mereka. Bengaluru FC dari India berjaya menghentikan perjuangan JDT dalam saingan Piala AFC 2016.

JDT sudah menyimpan impian untuk merangkul kejuaraan keempat berturut-turut mereka dan layak ke Liga Juara-Juara Asia buat kali pertama. JDT akan menghitung nasib dengan wakil Thailand, Bangkok United di pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2017. 

Pasukan JDT mungkin akan terasa sedikit kehilangan penyerang duo Argentina  mereka Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero yang berjaya meledak 34 gol dalam liga musim lalu. Martin Lucero sudah sah menjadi milik Club Tijuana juara bertahan  di Liga MX Mexico manakala Pereyra Diaz dijangka akan menyertai pasukan gergasi Greece, AEK Athens. 

Namun JDT sudah pasti menggantikan gandingan Pereyra Diaz-Lucero dengan import berkualiti apabila membawa masuk trio Argentina iaitu Brian Ferreira, Gonzalo Cabrera serta Jeronimo Barrales. Brian Ferreira akan didartarkan sebagai pemain import kuota Asia apabila memiliki passport kerakyatan Iraq. Hariss Harun pemain import dari Singapura akan dipinjamkan JDT kepada kelab luar untuk menimba pengalaman.

Brian Ferreira antara pemain baru dibawa masuk oleh JDT musim 2017
Brian Ferreira antara pemain baru dibawa masuk oleh JDT musim 2017


Walaupun kehilangan khidmat kapten Harimau Malaya, Amri Yahyah kepada Melaka United serta Safee Sali berhijrah ke PKNS FC, ternyata JDT berjaya merekrut ramai pemain bintang tempatan seperti Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lepas iaitu Hazwan Bakri ketika musim perpindahan pemain Liga Malaysia 2017.

Baca : Senarai Perpindahan Pemain 2017 Liga Malaysia

Antara nama lain berjaya dibawa masuk oleh JDT ialah Nazmi Faiz Mansor (Selangor), Haziq Nadzli (PDRM), Syahrul Azwari (Kelantan/ Sarawak), Sapawi Rasid (T-Team) serta R. Gopinathan (Selangor).

JDT telah membuat persiapan termasuk membuat perlawanan persahabatan luar musim di Thailand 
bertemu Chonburi, Air Force Central FC and Buriram United. Ini salah satu persediaan sebelum bertemu Bangkok United dalam ACL playoff nanti. Jika menang, pasukan JDT akan terbang ke Jepun untuk buat perhitungan terakhir dalam aksi kelayakan bertemu bekas juara Liga Juara-Juara Asia 2008, Gamba Osaka FC. 

Dan mencipta sejarah pasukan Malaysia pertama ke saingan sebenar Liga Juara-Juara Asia AFC 2017 menjadi target impian utama pasukan JDT bagi musim 2017 selepas 2 tahun gagal melepasi pusingan kelayakan disamping pertahan kejuaraan liga domestik yang mereka telah menangi musim 2016. 

Dan sudah semestinya pasukan JDT akan cuba ditumbangkan oleh setiap pasukan Liga Malaysia 2017 nanti. Luaskan Kuasamu Johor!



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PREVIEW LIGA SUPER: JDT IMPI PENTAS LIGA JUARA-JUARA ASIA 2017"

Post a Comment