PKNS FC sasar 5 terbaik dan 1 piala 2017

Tahun 2017 mungkin mampu menjadi detik terhebat dalam sejarah PKNS berdasarkan persiapan serta barisan pemain serba lengkap dimiliki pasukan.

Jersi dan Bas PKNS FC Liga Super 2017
Jersi dan Bas PKNS FC Liga Super 2017

Itu selaras dengan hasrat Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abd. Jabar yang mahu melihat The Red Ants mampu berada dalam kelompok lima terbaik Liga Super musim ini.

Pada majlis pelancaran jersi dan bas PKNS serta pengenalan pemain pada 17 Januari di Laman PKNS, Siti turut mencabar pasukan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan pada musim ini.

"Pasukan telah lakukan perancangan lebih awal dengan memburu ramai pemain berpengalaman dalam pasukan seperti Safee Sali, Khyril Muhymeen, Bobby Gonzales, Azmizi Azmi dan Azmi Muslim.

"Malah ketiadaan Gabriel Guerra patah tumbuh hilang berganti, kami berjaya mendapatkan pengganti setanding iaitu Lucas Espindola, juga dari Argentina selain kepulangan semula Patrick Ronaldinho.

"Saya lihat ini adalah persiapan terbaik buat PKNS dan saya cukup yakin pasukan ini mampu beri cabaran sengit kepada pasukan-pasukan gergasi Liga Malaysia," katanya.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Saari dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Hajah Noraida Mohd.Yusof.

Menurut Amirudin, dia berbangga melihat pencapaian PKNS pada musim lalu dan berharap mereka terus konsisten untuk saingan tahun ini.

"Sebagai salah satu pasukan yang mewakili entiti Selangor, saya harap pasukan ini terus melangkah gagah dalam naikkan imej bola sepak di negeri ini.

" Malah saya berharap PKNS turut dalam sama-sama membantu pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi masyarakat Selangor," katanya.

PKNS terus menjadikan oren sebagai warna rasmi pasukan itu dengan penggunaan pertama kali warna merah kuning bagi jersi di tempat lawan dan hijau muda/baru untuk jersi ketiga.

Jenama pakaian sukan Kappa terus menjadi pilihan pengurusan PKNS sekali lagi pada musim ini.

Pelancaran bas PKNS juga cukup simbolik bila menggunakan nombor plat PKNS 1964, iaitu tahun penubuhan PKNS.


Presiden PKNS FC, Puan Hajah Siti Zubaidah Abd. Jabar optimis PKNS sasar kedudukan 5 kelompok pasukan terbaik Liga Super 2017 dan julang satu piala.



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKNS FC sasar 5 terbaik dan 1 piala 2017"

Post a Comment