SAH AL-HAMRA & RedONE PENAJA UTAMA TRW 2017


Selepas pelbagai polemik dan kontroversi, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini secara rasmi mengumumkan The Red Warriors kekal beraksi dalam liga Malaysia musim depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Nor bersama penaja utama pasukan tersebut, AlHamra Group dan syarikat telekomunikasi, Red One yang diwakili Tan Sri Annuar Musa.

Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima tajaan sebanyak RM3 juta untuk permulaan daripada kedua-dua syarikat yang diterajui oleh bekas Presiden Kafa itu

Tahniah Kelantan dan terima kasih kepada barisan penaja 2017 kerana berjaya menyelamatkan legasi bola sepak Kelantan daripada kegagalan menyertai Liga Malaysia.

Berikut adalah intipati pengumuman hari ini:
1. Kelantan mengesahkan penyertaan Liga Malaysia 2017.
2. Al-Hamra & Red One menjadi penaja utama TRW 2017.
3. Tan Sri Annuar Musa TIDAK AKAN KEMBALI sebagai Presiden KAFA sebaliknya menjadi penaja menerusi Al-Hamra dan Red One.
4. Al-Hamra Group & Red One akan membentuk satu konsortium terdiri daripada beberapa syarikat untuk mencari dana buat TRW 2017. (TSAM meminta tempoh sehingga 14 Jan ini untuk membentuk konsortium)
5. 3 pemain import termasuk satu dari Asia akan ditandatangani dalam masa terdekat.

>> Salah seorang pemain import baru TRW sudah kami terjah sebelum ini. BACA DISINI ! <<

6. Sebagai penaja, TSAM meminta jersi TRW kembali kepada warna tradisi The Red Warriors sebelum ini iaitu warna merah & biru (elemen petak2).

Semoga seluruh penyokong Kelantan kembali memberi sokongan penuh kepada pasukan kesayangan anda ini. GOMO KELATE GOMO.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SAH AL-HAMRA & RedONE PENAJA UTAMA TRW 2017"

Post a Comment