NIKE ORDEM 4 BOLA RASMI LIGA M 2017

NIKE ORDEM 4: OFFICIAL MATCH BALL OF THE PREMIER LEAGUE, LA LIGA AND SERIE A TIM
NIKE ORDEM 4 BOLA RASMI LIGA M 2017 . Bola rasmi pertandingan musim 2017 ini telah dibekalkan oleh Nike Malaysia. Bola ini akan diguna pakai pada Liga Super, 100PLUS Liga Premier, Piala FA dan juga Piala Malaysia musim ini. 

Liga Perdana Inggeris, La Liga Spain, dan Liga Serie A Italy juga telah guna bola yang sama bagi musim 2016-17

Dibangunkan untuk pemain bola sepak elit, Ordem 4 telah ditambahbaik merangkumi tiga elemen utama: pembinaan, bahan dan grafik.

Sistem balutan baru memastikan permukaan bola lebih halus dan lebih konsisten, untuk sentuhan optimum dan penerbangan di udara yang lebih tepat. 12 panel geometri menggunakan teknik cetakan dakwat baru 3D. Rekaan grafik bola yang mengikuti prinsip reka bentuk " Flow Motion, " memastikan bola dapat dilihat dengan baik semasa bola di dalam permainan.

Bola-bola ini telah mula diedarkan kepada semua pasukan yang bertanding.




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "NIKE ORDEM 4 BOLA RASMI LIGA M 2017"

Post a Comment