Presiden FAM: Bagaimana Proses Undian dijalankan?

Bagaimana Proses Undian jawatan Presiden FAM dijalankan? | Semalam FAM telah menutup borang percalonan bagi merebut jawatan Presiden FAM yang baru bagi menggantikan Tengku Abdullah yang tidak bertanding pertahankan jawatan kali ini. Empat nama besar telah dicalonkan pada pemilihan kali ini.

Presiden FAM: Bagaimana Proses Undian dijalankan?
Presiden FAM: Bagaimana Proses Undian dijalankan?

Pertembungan 'empat penjuru' bagi merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres Pemilihan FAM ke-53 pada 25 Mac ini tidak akan mewujudkan saingan sengit kerana keputusan boleh diramal selepas calon 'heavyweight' turut dicalonkan

Proses 1 - Pencalonan Nama Calon Presiden FAM

Proses pertama bagi merebut jawatan Presiden FAM di Kongres Tahunan FAM Ke-53 yang bakal berlangsung Mac ini ialah pihak FAM akan meminta setiap ahli gabungan yang terdiri daripada 20 anggota untuk mencalonkan nama individu yang berkelayakan untuk mengetuai badan induk persatuan bolasepak Malaysia ini.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengulangi pendirian tetapnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden FAM yang disandang sejak 2014, sekali gus menyaksikan FAM memutuskan supaya pemilihan penggal baharu jawatankuasa eksekutif diawalkan dari 2018 ke tahun ini 

Ini merupakan pencalonan terbanyak pernah diterima oleh Persatuan Bola Sepak (FAM) untuk jawatan Presiden menyaksikan persaingan empat penjuru. Namun ia bukan sesuatu yang mengejutkan, malah nama empat calon yang diterima juga telah dijangka sejak awal akan dicalonkan oleh para ahli gabungan, kata Datuk Hamidin Mohd. Amin, Setiausaha Agung FAM.

Khairy Jamaluddin antara calon Presiden FAM
Khairy Jamaluddin antara calon Presiden FAM

Selepas pencalonan ditutup pada pukul 5 petang 23 Januari lepas, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menge­tuai senarai calon Presiden FAM dalam pemilihan 25 Mac ini.

Turut dicalonkan bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa serta Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat.

Biarpun FAM enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima keempat-empat calon berkenaan, namun Sembang Bolaa difahamkan, YB Khairy Jamluddin mengetuai senarai dengan 12 pencalonan, diikuti Tunku Ismail (TMJ) dengan lima percalonan.

Difahamkan setiap anggota gabungan diberi hak untuk hanya mencalonkan satu nama sahaja untuk merebut jawatan Presiden FAM yang baru.

Proses 2 - Pengesahan Calon untuk Bertanding

Tidak semua yang tercalon akan bertanding | Semua calon akan diminta mengesahkan pendirian mereka sama ada mahu bertan­ding atau tidak pada atau sebelum 20 Februari ini menerusi borang khas yang bakal diserahkan oleh badan induk itu pada 13 Fe­bruari nanti.

“Untuk pemilihan kongres pada 25 Mac ini, sekretariat telah menerima pencalonan daripada 20 ahli gabungan pada tarikh tutup (23 Januari) sebelum pukul 5 petang.

TMJ antara calon popular rebut jawatan Presiden FAM
TMJ antara calon popular rebut jawatan Presiden FAM

“Saya perlu maklumkan, kadang kala dalam pencalonan ada calon yang tidak tahu mereka dicalonkan, jadi selepas ini pro­sesnya adalah sekretariat akan keluarkan borang pengesahan sama mereka ingin bertanding atau sebaliknya.

“Mereka yang telah dicalonkan perlu mengesahkan diri untuk bertanding atau tidak sebelum atau pada 20 Februari ini,” kata Hamidin.

Proses 3 - Proses Undian Bermula

Selepas 4 calon menyatakan pendirian mereka untuk terus bertanding atau menarik diri awal, nama akhir bagi merebut jawatan Presiden FAM akan dimuktamadkan pada 20 Februari nanti. Nama calon akhir ini akan diundi oleh setiap ahli gabungan FAM semasa pemilihan kongres pada 25 Mac ini.

Sudah pasti setiap calon akan cuba meraih undi dengan manifesto masing-masing bermula dari sekarang sehingga tarikh sebenar proses undian akan dijalankan. Sudah pasti pemilihan baru ni akan berlangsung sengit dengan 4 nama besar cuba merebut jawatan tertinggi FAM ini. Siapa pun mereka, sudah pasti harapan peminat tetap sama untuk melihat perubahan drastik terhadap iklim bolasepak tanah air bermula dari pihak pengurusan sehingga pembangunan akar umbi.

Calon popular sudah pasti milik pemilik JDT, Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail yang sudah terbukti dengan pembangunan bolasepak yang dirancanakan di negeri Johor Darul Ta'zim. YB Khairy juga tidak kurang hebatnya dengan portfolio Menteri Belia dan Sukan selain pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM sebelum ini.

Tan Sri Annuar Musa tidak pernah luntur semangatnya untuk bertanding menjadi sebahagian daripada warga FAM. Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ini merupakan individu yang menaikkan pasukan The Red Warriors sebelum ini. Manakala Tan Sri Aseh Che Mat calon baru dalam pemilihan kali ini dilihat mendapat undian penuh dari calon popular TMJ itu sendiri.

Pada pemilihan kongres pada 25 Mac ini, setiap ahli gabungan terdiri 20 anggota akan diberi hak 2 undi kecuali Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (1 undi) untuk memilih nama Presiden FAM yang baru.

Proses 4 - Siapa Presiden FAM baru terjawab

Selepas proses kiraan undi siap dijalankan, maka akan terjawablah siapa individu yang mendapat undian tertinggi seterusnya dilantik sebagai Presiden FAM yang baru.

Untuk rekod, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memenangi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2014-2018 dalam pemilihan sempena Kongres FAM ke-50 semalam, yang berlangsung sengit dan mendebarkan apabila dibuat dua pusingan.

Pada pusingan pertama, Tengku Abdullah meraih 24 undi sementara Tunku Ismail mendapat 15. Pengundian terpaksa dilakukan sekali lagi kerana berdasarkan Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan presiden, majoriti dua pertiga diperlukan jika terdapat tiga calon memandangkan nama Sultan Ahmad Shah masih terdapat dalam kertas pengundian kerana lewat menarik diri.

Apabila keputusan pengundian pusingan kedua diumumkan Tengku Abdullah berjaya mendapat tambahan tiga undi daripada perwakilan, menjadikan 27 undi manakala Tunku Ismail terpaksa berpuas hati dengan 12 undi.

Pihak Sembang Bolaa berharap bakal Presiden FAM yang dipilih melalui proses undian sah ini akan membawa perubahan besar dalam landskap bolasepak Malaysia ke arah yang lebih baik dan kembali disegani.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Presiden FAM: Bagaimana Proses Undian dijalankan?"

Post a Comment