FIFA lulus 48 pasukan berentap Piala Dunia 2026


Temasya Piala Dunia akan bertambah jumlah pasukan kepada 48 berbanding 32 ketika ini bermula edisi 2026, kata Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang membuat keputusan sebulat suara hari ini. 

Majlis FIFA yang membuat keputusan itu turut memaklumkan bahawa format kejohanan akan mengandungi 16 kumpulan membabitkan tiga pasukan dalam peringkat kumpulan. 

"Majlis FIFA membuat keputusan sebulat suara bahawa sebanyak 48 pasukan akan bertanding pada Piala Dunia tahun 2026; 16 kumpulan yang disertai tiga pasukan. 

"Maklumat lengkap akan dimaklumkan selepas mesyuarat," kata FIFA menerusi entri Twitter. 

Sehubungan itu, Presiden FIFA, Gianni Infantino, yang menggantikan Sepp Blatter pada Februari bersetuju terhadap penambahan jumlah pasukan Piala Dunia ketika menjadinya salah satu daripada janjinya ketika kempen pemilihan jawatan tertinggi persekutuan itu. 

Infantino pada awalnya mencadangkan 40 pasukan tetapi menambah lapan lagi pada Oktober. Ketika membuat keputusan itu, FIFA mengetepikan kebimbangan sekiranya penambahan jumlah pasukan berkenaan akan mengurangkan mutu kejohanan secara keseluruhan dan menjadikannya terlalu panjang dan susah untuk dianjurkan.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "FIFA lulus 48 pasukan berentap Piala Dunia 2026"

Post a Comment