JADUAL PERTANDINGAN LIGA MALAYSIA 2017 & PIALA FA 2017

 [JADUAL PERTANDINGAN LIGA MALAYSIA 2017 & PIALA FA 2017]
====


Berikut adalah jadual Liga Super 2017, 100PLUS Liga Premier 2017 dan Piala FA 2017.

Walau bagaimanapun, ingin kami jelaskan kepada umum bahawa terdapat sedikit kelewatan penjadualan Liga Malaysia 2017 disebabkan oleh beberapa faktor tertentu;

1. Penjadualan ini telah mengambil kira jadual pasukan yang terlibat dalam pertandingan AFC Champions League 2017, AFC Cup 2017, penganjuran Sukan SEA 2017 serta kalendar FIFA bagi pasukan kebangsaan.

Sekiranya Johor Darul Ta’zim (JDT) layak ke pertandingan AFC Champions League 2017 serta Felda United FC dan Kedah layak ke pertandingan AFC Cup 2017, FMLLP akan mengeluarkan jadual liga yang baharu melibatkan perlawanan Liga Super pasukan JDT iaitu minggu perlawanan LS7 dan LS12 (dan mana-mana perlawanan Felda United FC atau Kedah yang berkaitan sekiranya perlu).


2. Perkongsian venue perlawanan oleh pasukan – Jadual turut mengambil kira faktor perkongsian venue bagi beberapa pasukan yang terlibat dan juga penutupan venue asal bagi proses menaiktaraf, penyelenggaraan dan pertembungan acara lain yang telah dirancang lebih awal.

Pihak pengurusan stadium juga tidak mengalakkan pengunaan padang secara berturut-turut dalam minggu perlawanan yang sama bagi menjaga mutu dan kualiti padang. Disebabkan ini,

FMLLP harus memikirkan jadual yang terbaik bagi memastikan pasukan yang berkongsi venue yang sama tidak menggunakan padang tersebut secara berturut-turut kepada kadar minimum.

3. Faktor keselamatan – Atas isu penugasan anggota keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan keselamatan perlawanan di dalam negeri yang mempunyai lebih daripada satu pasukan bertanding pada hari perlawanan yang sama.


Dengan ini penjadualan Liga Malaysia 2017 telah ditetapkan mengikut kesesuaian dan FMLLP telah berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan kesulitan pasukan yang terlibat kepada kadar minimum.

Untuk download:
100PLUS Liga Premier 2017 - http://tinyurl.com/jgtqssl
Liga Super 2017 - http://tinyurl.com/hrynw3w
Piala FA 2017 - http://tinyurl.com/gq37uqr





Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JADUAL PERTANDINGAN LIGA MALAYSIA 2017 & PIALA FA 2017"

Post a Comment