GHADDAR MASIH BERBISA - INDRA PUTRA

PEMAIN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (tengah) diasak pemain MIFA FC dalam perlawanan bola sepak persabahatan di Kompleks Sukan Universiti Sains Islam (USIM)

Penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin percaya Muhammad Ghaddar masih belum hilang sentuhan dan mampu mencetuskan impak positif kepada cabaran The Red Warriors (TRW) dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 

Beliau yang pernah beraksi bersama pemain import dari Lubnan itu sebelum ini mengakui kehadiran pemain berusia 33 tahun terbabit mampu menggerunkan lawan kerana kelicikan dan kepantasannya. 

Baca: SAH! GHADDAR KEMBALI KE TRW 2017

"Kehadiran Ghaddar satu perkembangan baik di sebalik masalah yang dihadapi pasukan. Malah saya yakin dia mampu memberi impak positif kepada cabaran TRW musim ini. "Saya juga percaya mampu membentuk gandingan mantap bersamanya kerana sebelum ini kami pernah beraksi bersama. Jadi saya rasa tiada masalah besar bergandingan dengannya," katanya ketika ditemui di Kompleks Majlis Sukan Negara, Kampung Baru di sini, sebentar tadi.

 Sebelum ini media melaporkan walaupun kontraknya ditamatkan oleh Kelantan pada 2014, Ghaddar tidak pernah berdendam apabila bersedia menyarung jersi TRW musim ini. 

Penyerang import bagi kuota Asia itu pernah beraksi bersama TRW sebanyak dua kali iaitu kali pertama pada 2012 sebelum enggan menyambung kontrak lanjutan, sebaliknya menandatangani kontrak bersama satu lagi pasukan Liga Super, FELDA United FC pada 2013. 

Ghaddar bersama dua lagi pemain import, Okiki Afolabi dari Nigeria dan Cedric Djeugoue (Cameroon) hampir pasti mengikat kontrak dengan TRW selepas rundingan mengenai terma kontrak dengan kelab asal mereka selesai. 

Sementara itu, Indra berkata Kelantan berpeluang menguji sejauh mana keserasian antara pemain tempatan dan import dalam aksi persahabatan menentang UiTM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, dekat sini, malam esok. 

"Perlawanan itu memang penting bagi jurulatih menilai sejauh mana persefahaman dan menilai kombinasi sesuai antara pemain tempatan dan import sebelum sepak mula Liga M minggu depan," katanya.



Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "GHADDAR MASIH BERBISA - INDRA PUTRA"