JENTERA SERANGAN TRW TUMPUL

Jentera serangan Kelantan TRW tumpul. Pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors (TRW) perlu segera memperkemaskan jentera serangan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini yang akan membuka tirainya 21 Januari ini.

Ketua Jurulatih Kelantan TRW Zahasmi Ismail dan pembantunya.
Ketua Jurulatih Kelantan TRW Zahasmi Ismail dan pembantunya. 

Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata TRW didapati masih lemah pada posisi serangan selepas mengharungi beberapa perlawanan ujian sebelum ini termasuk dibelasah teruk oleh pasukan PDRM FA tempoh hari.

Penyerang TRW gagal jaring gol

"Semasa perlawanan persahabatan, pemain di bahagian hadapan (penyerang) tidak boleh menjaringkan gol walau pun mempunyai peluang," katanya kepada pemberita selepas menjalani sesi latihan pasukan TRW di sini, petang Ahad.

Kelantan TRW akan membuka tirai  saingan Liga Super 2017 dengan melayan kunjungan pasukan pendatang baru Liga Super 2017 iaitu Melaka United dalam  di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada 21 Januari ini. Ini ujian besar buat pasukan TRW untuk dapatkan mata penuh selepas lawan mereka itu telah berbelanja besar dapatkan ramai pemain bintang tempatan termasuk kapten Harimau Malaya, Amri Yahyah serta beberapa tonggak import berkualiti baru seperti Sergio Aguero, Omid Nazari dan Godwin Antwi.

Dengan ramai pemain utama pasukan TRW 2016 yang angkat kaki berhijrah ke pasukan baru bagi musim 2017, tugas sukar menanti Zahasmi musim ini untuk pastikan TRW kekal bersaing ampuh sepanjang musim. Antara nama besar tinggalkan pasukan TRW ialah duo Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam, Muslim Ahmad, Brendan Gan, Baze Ilijoski, Mohd Noor Hazrul dan ramai lagi


Zahasmi harap tenaga import baru perkuat TRW 2017

Zahasmi berharap kehadiran tiga pemain import iaitu Mohamed Ghaddar dari Lubnan, Cedric Djeugoue dan Okikiola Afolabi dari Nigeria, akan memperkuatkan pasukan itu.

"Saya berharap kehadiran pemain import ini iaitu dua penyerang dan seorang pertahanan akan dapat membantu pasukan memperolehi keputusan yang sebaik mungkin pada setiap perlawanan," katanya

Tan Sri Annuar Musa bersama Mohamed Ghaddar, Cedric Djeugoue dan Okiki Afolabi
Tan Sri Annuar Musa bersama Mohamed Ghaddar, Cedric Djeugoue dan Okiki Afolabi

Namun, diharap ketibaan lewat 3 tenaga import baru itu di Kota Bharu tidak mengganggu persiapan TRW. Zahasmi hanya mempunyai beberapa hari sahaja lagi untuk menerapkan taktikal dan persefahaman pasukan terhadap Ghaddar, Cedric Djeugoue dan Okiki Afolabi. Diberitakan hanya Ghaddar turun petang semalam melakukan latihan ringan setelah tiba pada pada awal paginya. Dijangka Cedric Djeugoue dan Okiki Afolabi akan turut serta dalam sesi latihan TRW 2017 bermula hari ini.

Tenaga import baru gagal diuji keserasian dalam aksi persahabatan luar musim TRW di Kuala Lumpur baru-baru ini. Diharap mereka mampu sesuaikan diri secepat mungkin demi harapan setinggi gunung oleh para peminat setia The Red Warriors. 

Diharap kehadiran tiga pemain import iaitu Mohamed Ghaddar dari Lubnan, Cedric Djeugoue dari Cameroon dan Okikiola Afolabi dari Nigeria, akan memperkuatkan jentera serangan pasukan itu menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JENTERA SERANGAN TRW TUMPUL"

Post a Comment