Piala Asia 2019 : Harimau Malaysia intai peluang ke UAE

Harimau Malaysia intai peluang ke saingan utama | Pasukan bolasepak Malaysia dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee berdepan tugas berat selepas diundi bersama pasukan ranking lebih tinggi di pusingan akhir kelayakan bola sepak Piala Asia 2019. 

Undian yang dibuat di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam 23 Januari 2017 telah dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Bahagian Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shin Man Gil. Majlis undian pusingan akhir kelayakan bola sepak Piala Asia 2019 telah disiarkan secara langsung menerusi saluran Youtube AFC, Malaysia secara rasminya telah diundi dalam Kumpulan B.

Keputusan undian kumpulan kelayakan Piala Asia 2019
Keputusan undian kumpulan kelayakan Piala Asia 2019

Ranking Lawan Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019

Di dalam Kumpulan B, skuad Harimau Malaysia yang menduduki ranking ke-161, diundi bersama Lebanon (148), Hong Kong (140) dan Korea Utara (125). Ternyata pasukan bolasepak Malaysia memiliki ranking terendah berbanding lawan yang bakal dihadapi di pusingan akhir kelayakan bola sepak Piala Asia 2019.

KUMPULAN B
1. KOREA UTARA (125)
2. HONG KONG (140)
3. LEBANON (148)
4. MALAYSIA (161)
Namun, bola itu bulat. Segalanya tiada yang mustahil dalam bolasepak selagi belum tamat 90 minit permainan. Jika dilakukan persiapan rapi, taktikal yang betul, pemilihan pemain mengikut prestasi semasa, nescaya Harimau Malaysia turut memiliki peluang cerah untuk ke saingan utama Piala Asia 2019.

Jadual Perlawanan Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019

Jadual Perlawanan Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 | Aksi pusingan akhir kelayakan bola sepak Piala Asia 2019 ini akan diadakan secara liga sepusingan peringkat kumpulan. Perlawanan bakal dilangsungkan dari 28 Mac 2017 hingga 27 Mac 2018. Dan 2 pasukan terbaik daripada setiap enam kumpulan akan mara ke pusingan akhir saingan sebenar Piala Asia 2019 yang akan diadakan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Berikut adalah jadual Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu jadual kumpulan yang melibatkan pasukan Malaysia. 

Pusingan Pertama Kumpulan B
28 Mac: Korea Utara lwn MALAYSIA
13 Jun: MALAYSIA lwn Lebanon
5 Sept: MALAYSIA lwn Hong Kong

Pusingan Kedua Kumpulan B
10 Okt: Hong Kong lwn MALAYSIA
14 Nov: MALAYSIA lwn Korea Utara
27 Mac: Lebanon lwn MALAYSIA

Peluang Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019

Peluang Harimau Malaysia untuk merasa suasana saingan sebenar Piala Asia 2019 tetap ada. Pasukan Korea Utara (Korea DPR) bakal menjadi pilihan utama bagi kumpulan B untuk muncul sebagai juara kumpulan berdasarkan ranking FIFA. Namun, segalanya tidak mustahil jika Harimau Malaysia mampu bermain cemerlang seperti pasukan Vietnam yang berjaya mengalahkan Korea Utara dengan jaringan besar 5-2 dalam aksi persahabatan 6 Oktober 2016. 

Harimau Malaysia perlu memaksimumkan mata hasil perlawanan menentang Hong Kong dan Lebanon yang memiliki ranking FIFA yang tidak jauh bezanya dengan Malaysia. Tewaskan mereka dan curi mata dari Korea Utara bakal membolehkan impian rakyat Malaysia peminat bolasepak khususnya akan tercapai.

2 pasukan terbaik di setiap kumpulan akan menyertai 12 pasukan yang telah melayakkan diri lebih awal ke Piala Asia 2019 menerusi kejayaan mara ke pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 serta pusingan kedua kelayakan Piala Asia.

Antara negara yang telah layak ke saingan sebenar Piala Asia 2019 adalah juara bertahan, Australia, China, Iraq, Iran, Jepun, Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi, Syria, Thailand, Uzbekistan dan juga tuan rumah, UAE.


Logo Rasmi AFC Asian Cup UAE 2019

Majlis sama turut memperkenalkan logo rasmi kejohanan yang berbentuk tujuh segi enam yang masing-masing mewakili tujuh negeri dalam UAE yang bersatu sejak 45 tahun lepas.

Logo rasmi AFC Asian Cup UAE 2019
Logo rasmi AFC Asian Cup UAE 2019


Sebagai rekod, Malaysia pernah mara ke pusingan akhir Piala Asia sebanyak dua kali iaitu 1976 dan 1980 selain menjadi tuan rumah bersama pada 2007 dengan Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Keputusan undian:

Kumpulan A: Kyrgyzstan, India, Myanmar, Macau

Kumpulan B: Korea Utara, Hong Kong, Lebanon, MALAYSIA

Kumpulan C: Jordan, Vietnam, Afghanistan, Kemboja

Kumpulan D: Oman, Palestin, Maldives, Bhutan

Kumpulan E: Bahrain, Turkmenistan, Taiwan, Singapura

Kumpulan F: Filipina, Tajikistan, Yemen, Nepal


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Piala Asia 2019 : Harimau Malaysia intai peluang ke UAE"

Post a Comment