Awe, Thinagaran bakal sertai TRW 2017

Nurul Azwan Roya atau lebih dikenali sebagai Awe, anak jati Pasir Puteh ini sentiasa dalam ingatan para peminat TRW. Dikhabarkan TRW kini berbincang dengan pasukan JDT II untuk melepaskan Awe ke pasukan TRW bagi musim 2017.

Aksi Mohd Nurul Azwan Roya ketika pernah bersama TRW sebelum ini
Aksi Mohd Nurul Azwan Roya ketika pernah bersama TRW sebelum ini

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dijangka mengambil bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) itu untuk melengkapkan senarai pasukan musim ini. 

Sumber KAFA berkata, rundingan sedang diadakan dengan bekas pemain JDT II, Nurul Azwan Roya atau lebih dikenali sebagai Awe dan S Thinagaran bekas pemain PKNS Selangor FA bagi musim 2016.

"Pemain terbabit perlu mematuhi terma dan syarat KAFA, malah perlu meneliti dokumen kontrak ditawarkan. "Jika persetujuan dicapai, kemungkinan besar mereka dimasukkan dalam senarai akhir pendaftaran pemain sebelum 22 Januari ini," kata wakil KAFA tersebut.

Awe pernah menjulang kejuaraan treble ketika beraksi bersama Kelantan pada 2012 sebelum berhijrah ke JDT (2013 - 2014), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan terakhirnya JDT II. Pemain cukup lincah ini sangat diharapkan untuk memperkuatkan skuad TRW 2017 yang sudah kehilangan ramai pemain utama yang berpindah ke pasukan lain.

S. Thinagaran cuba nasib bersama TRW 2017
S. Thinagaran cuba nasib bersama TRW 2017

S. Thinagaran cuba rezeki di TRW 2017

Bekas pemain tengah PKNS FC musim lepas ini sedang menyertai sesi pemilihan bersama pasukan pantai timur TRW Kelantan sejak bebrapa hari yang lalu. Ternyata aksi "pemain India" di sesi latihan TRW mencuri perhatian peminat TRW yang berada di sekitar Padang Latihan Mardi. 

Berusia 31 tahun dan beraksi di pentas Final Piala FA 2016 sebagai pemain gantian. Tiada sebarang aksi Liga Perdana direkodkan dan hanya muncul sebagai pemain gantian dalam kebanyakan game kempen Piala FA bersama PKNS 2016. Pada 2015, S.Thinagaran bersama pasukan ATM FA sebelum angkat kaki kerana masalah gaji tertunggak. 

Diharapkan kehadiran Nurul Azwan Roya dan Thinagaran bakal memperkuatkan skuad TRW 2017 yang sudah kehilangan ramai pemain utama yang berpindah ke pasukan lain dalam musim perpindahan pemain 2017.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Awe, Thinagaran bakal sertai TRW 2017"

Post a Comment