Pemilihan Mahrez, 25, membolehkannya mengondol anugerah tersebut buat kali pertama dan lebih manis mengetepikan saingan pemenang tahun 2015 iaitu pemain berasal dari Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang yang beraksi dengan Borussia Dortmund dan penyerang kelahiran Senegal yang beraksi untuk Liverpool, Sadio Mane.
“Ia satu penghormatan besar yang saya terima dan tentunya saya gembira dan menghargainya. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya di Leicester dan Algeria di atas kejayaan ini. Juga saya hadiahkan kejayaan ini kepada keluarga dan sesiapa yang menyokong saya selama ini,” kata Mahrez sebaik menerima anugerah tersebut.