DIEGO REYES SAH SERTAI SARAWAK 2017

Diego Reyes penyerang Honduras telah sah sertai pasukan Sarawak FA 2017. Diego Reyes merupakan pemain untuk kelab Marathón di Liga Honduras sejak 2013. Sebelum ini Diego Reyes mewakili pasukan Real Sociedad juga di liga negaranya.


Diego Reyes Sarawak 2017
Diego Reyes sah sertai Sarawak 2017

Pemain ini telah dikhabarkan telah menunggu beberapa minggu tawaran yang sesuai buat dirinya, dan akhirnya bersetuju menyertai pasukan Liga Super Sarawak 2017. Pastinya kehadiran penyerang Honduras ini menguatkan lagi bahagian serangan Sarawak dalam kancah Liga Malaysia 2017.

Sumber Perpindahan: Diego Reyes sah sertai pasukan kelab Malaysia

Penyerang berusia 27 tahun ini akan menyertai pasukan Sarawak selepas membantu skuad kebangsaan Honduras dalam kempen Central American Cup of Nation 2017 (UNCAF) yang akan diadakan di Panama.

Diego Reyes akan bergandingan dengan seorang lagi penyerang antarabangsa Filipina, Mart Hartman di barisan depan  pasukan Sarawak 2017. Diego Reyes telah ditawarkan kontrak terus tanpa diuji selepas berpuluh pemain import cubaan datang dalam sesi pemilihan gagal menambat hati ketua jurulatih Liga Super Sarawak 2017, David Usop.

Sebelum ini, Jerry Palacios yang juga pemain kebangsaan Honduras telah mewarnai Liga Malaysia setelah mewakili pasukan ATM FA pada musim 2015.

Menariknya mengenai perpindahan ini adalah Diego Reyes lebih memilih menyertai pasukan Sarawak 2017 walaupun telah ditawarkan kontrak oleh pasukan San Jose Earthquakes di MSL. Tawaran menarik dari Sarawak membuatkan Diego Reyes memilih berkelana bermain bola sepak pertama kali di luar kampung halaman Honduras.

Diego Reyes ketika mewakili Marathon FC di Liga Honduras
Diego Reyes ketika mewakili Marathon FC di Liga Honduras


Penampilan antarabangsa Diego Reyes

Dieogo Reyes telah mempunyai 7 caps dengan pasukan bola sepak kebangsaan Honduras namun masih belum mencetak gol di pentas antarabangsa. Menerima panggilan pertamanya untuk pasukan kebangsaan pada tahun 2013 untuk bersaing dalam  Piala Emas CONCACAF 2013. 

Pada Feb 2014 Diego Reyes telah dipanggil oleh Luis Fernando Suarez (sebagai persediaan untuk Piala Dunia FIFA 2014) bagi perlawanan persahabatan pada 5 Mac menentang pemilihan Venezuela di San Pedro Sula. 2 bulan kemudian, Diego Reyes telah dipanggil untuk menyertai pasukan Honduras untukCopa Centroamericana 2014.

Semoga kehadiran Diego Antonio Reyes Sandoval atau lebih selesa dipanggil Diego Reyes akan perkuatkan lagi skuad Liga Super Sarawak 2017 dalam menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DIEGO REYES SAH SERTAI SARAWAK 2017"

Post a Comment