SENARAI PEMAIN IMPORT MELAKA UNITED 2017

Senarai Perpindahan Pemain 2017 Liga Malaysia. Musim bolasepak Malaysia 2017 bakal kembali tidak lama lagi. Mampukah JDT mengekalkan Liga Super musim ini? Atau Selangor, Felda United dan pasukan lain mampu mencabar? Musim rehat yang panjang memberi peluang kepada jurulatih untuk memantapkan pasukan untuk aksi bolasepak Malaysia tahun 2017. Pasukan Liga Super dan Liga Premier pasti menguji pemain baru dalam memilih pemain yang bersesuaian di jendela perpindahan pemain musim 2017. 

Melaka United telah berjaya naik ke saingan Liga Super 2017 selepas memenangi kejuaraan Liga Perdana 2016. Menyedari saingan Liga Super lepbih kompetitif, Melaka United telah berbelanja besar membawa pemain bintang tempatan dan juga tenaga import yang lebih berkualiti. Ini termasuk kapten Malaysia yang juga bekas pemain JDT, Amri Yahyah. Melaka United secara rasmi telah memperkenalkan kesemua tonggak import bagi musim 2017.


Senarai Pemain Import Melaka United 2017

1. Ilija Spasojević
Pasukan Terakhir: Melaka United (dikekalkan)
Posisi: Penyerang
Umur: 29 Tahun
Kerakyatan: Serbia

Tidak perlu diperkenalkan lagi dengan pemain ini. Kapten Melaka United ini digelar "Spasogoal" kerana keupayaan beliau menjaringkan gol. Meledak 27 gol dalam 23 penampilan musim lepas. Telah dipilih sebagai penerima anugerah Penjaring Terbanyak Import Liga Perdana dan Penerima Kasut Emas Liga Malaysia dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017.

Sehingga kini Spasogoal telah menjaringkan 123 gol dalam 231 perlawanan rasmi. Walaupun mengakui telah cuba dipancing oleh banyak pasukan, Spasogoal menyatakan akan terus setia buat Melaka United bagi musim 2017.

Ilija Spasojević
Ilija Spasojević


2. Omid Nazari
Pasukan Terakhir: Global FC (Filipina)
Posisi: Midfielder
Umur: 25 Tahun
Kerakyatan: Filipina/Iran (Slot Asia)

Omid Nazari telah dilahirkan di kampung Zlatan Ibrahimovic iaitu di Malmo, Sweden namun berdarah kacukan Iran-Filipina. Omid beraksi di posisi tengah bermain untuk kelab juara Liga Filipina, Global FC.

Beliau layak bermain untuk Sweden, Iran atau Filipina. Pada tahun 2012, pengurus Iran, Carlos Queiroz, mengesahkan bahawa Omid akan menyertai pasukan Iran untuk perlawanan persahabatan menentang Albania namun buat penampilan pertama antarabangsa untuk pasukan Iran ketika menentang Tunisia dalam satu perlawanan persahabatan pada Ogos 2012. Gol buat pasukan kebangsaan pertama beliau datang ketika menentang Yemen pada bulan Disember. 

Namun Omid Nazari masih boleh menukar kesetiaan kepada Filipina atau Sweden kerana hanya bermain dalam perlawanan persahabatan buat Iran. Pada bulan Mac 2016, beliau menerima call-up pertama buat pasukan kebangsaan Filipina. Bagaimanapun, beliau masih belum menerima kelulusan daripada FIFA untuk membuat pertukaran.

Omid Nazari
Omid Nazari


3. Sergio Aguero
Pasukan Terakhir: FC Tatabanya (Hungary)
Posisi: Penyerang
Umur: 22 Tahun
Kerakyatan: Argentina

Maaf. Jangan terkeliru. Nama sama tapi bukan dia. Gempar penyerang Manchester City datang Malaysia bermain untuk pasukan Melaka United 2017. Sergio Aguero sebelum ini datang trial bersama JDT II sebelum diikat oleh pasukan Melaka United. 

Sergio Aguero
Sergio Aguero


4. Godwin Antwi
Pasukan Terakhir: DRB Hicom FC (Malaysia)
Posisi: Pertahanan
Umur: 28 Tahun
Kerakyatan: Ghana

Bekas pemain remaja Liverpool ini sudah biasa dengan suasana Liga Malaysia kerana merupakan bekas pemain DRB Hicom FC yang menarik diri sebelum ini. Merupakan satu-satunya pemain Liga Perdana 2016 yang disahkan bermain setiap minit sepanjang musim  (1980 minit), stamina terbaik. Menjadi tonggak benteng pertahanan Melaka United musim 2017.

Godwin Antwi
Godwin Antwi






Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SENARAI PEMAIN IMPORT MELAKA UNITED 2017"

Post a Comment