JDT BEKERJASAMA DENGAN VALENCIA CF

Kelab Johor Darul Takzim (JDT) jalin kerjasama dengan Valencia CF. Mengambil peluang usaha kelab gergasi Sepanyol, Valencia CF dalam proses penjenamaan antarabangsa mereka, kelab terkaya di Malaysia ini mengambil satu langkah baru ke hadapan apabila menjalin kerjasama erat dengan Valencia Football Club. Dan melalui kenyataan rasmi, Valencia CF mengumumkan telah melangsungkan majlis menandatangani perjanjian dengan pasukan Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT)

JDT BEKERJASAMA DENGAN VALENCIA CF
JDT BEKERJASAMA DENGAN VALENCIA CF


JDT dan Valencia bekerjasama 3 tahun

JDT dan Valencia bekerjasama 3 tahun. Satu perkongsian jangka masa panjang ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pemain dan jurulatih. Usahasama ini terhasil selepas pihak Valencia CF melawat kemudahan kelab JDT pada bulan Mei yang lalu, iaitu salah satu pusat latihan pasukan JDT yang canggih.

Dan perkongsian manfaat ini telah bermula sejak April yang lalu, bermaksud sudah hampir setengah tahun berlalu dimana kontrak yang diumumkan selama tiga tahun. 

Bagi menggalakkan lagi pembangunan bola sepak tempatan, dua jurulatih Akademi Valencia CF akan ke Johor untuk bekerjasama dengan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards. 

Jurulatih yang dihantar oleh pasukan La Liga itu akan bertanggungjawab untuk menyelia dan melaksanakan "strategi jangka masa panjang pembangunan untuk JDT" dengan menggunakan dan menerap kaedah dan falsafah Akademi VCF terhadap pasukan JDT termasuk pengurusan kelab. 

Valencia teruja dengan cita-cita dan cara kerja JDT

Pengarah Akademi Valencia, Jose Ramon Alexanco berkata, 'kami tertarik dengan organisasi profesional di JDT dan gembira kerana dijemput oleh pemilik kelab, SAR Brigadier Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Prince of Johor, untuk menyokong pasukan teknikal yang sudah ada di sana. Mereka meneruskan matlamat serta cita-cita tinggi mereka untuk membuatkan pasukan JDT menjadi salah satu pasukan terbaik di Konfederasi Bola Sepak Asia. " 

Manakala Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards menyatakan bahawa "Akademi Valencia CF adalah salah satu yang paling dikagumi di Eropah Ia mempunyai rekod yang cemerlang pembangunan pemain muda. Selepas melawat kompleks latihan mereka dan menghabiskan masa memahami metodologi mereka, kami gembira dengan prospek bekerjasama dengan salah satu gergasi bola sepak Sepanyol. "

Semoga kerjasama erat pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ini akan membawa lebih banyak kejayaan buat pasukan berpengkalan di selatan tanah air ini pada masa hadapan.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JDT BEKERJASAMA DENGAN VALENCIA CF"

Post a Comment