TMJ DEDAH SIKAP BURUK PUNCA PEREYRA DIAZ DITENDANG KELUAR

Akhirnya TMJ buka mulut sebab utama mengenai isu pemain utama JDT, Jorge Pereyra Diaz ingin dijual. Jorge Pereyra Diaz adalah pemain serba boleh yang telah melengkapkan kejayaan besar JDT sebelum ini. Beliau adalah pemain penting skuad Mario Gomez musim 2016.

TMJ dan Pereyra Diaz pada Final Piala FA 2016
TMJ dan Pereyra Diaz pada Final Piala FA 2016


Sebagai watak penting dan antara penjaring terbanyak dalam kancah Liga Super, sudah pasti pemergian mengejut Jorge Pereyra Diaz banyak menimbulkan persoalan di kalangan peminat bola sepak tempatan terutama peminat JDT itu sendiri.


Dalam sidang media yang sama bagi mengulas perletakan jawatan jurulatih JDT Mario Gomez semalam, TMJ juga mengambil peluang menjawab soalan apabila ditanya oleh audien tentang isu yang membabitkan Jorge Pereyra Diaz. Baginda akhirnya membuka mulut tentang isu ini. Sebelum ini, terlalu banyak spekulasi ke atas isu ini termasuk isu Pereyra Diaz meminta wang pampasan atas penamatan kontrak awal oleh JDT. 

Baca juga: JDT TOLAK PERMINTAAN PAMPASAN RM2.3 JUTA PEREYRA DIAZ


TMJ dedah perangai buruk Pereyra Diaz


Berikut adalah kenyataan TMJ mengenai kenapa Jorge Pereyra Diaz dijual kepada kelab luar :

"Semenjak saya mengambil alih bolasepak, 2 orang pemain import yang paling susah nak handle ialah Pablo Aimar dan Jorge Pereyra Diaz. Dia boleh datang training hari ni salam dengan kita dan esok dia tak nak tengok muka kita. Bad mood.

Pereyra Diaz & Pablo Aimar
Pereyra Diaz & Pablo Aimar


Saya tak kisah, awak dah buat 200 gol ke, 500 gol ke, bila awak tak hormat kelab, saya takkan teragak-agak untuk buang singkirkan. Tiada pemain lebih besar dari kelab

2 orang pemain import yang paling susah nak handle ialah Pablo Aimar dan Jorge Pereyra Diaz - TMJ

Pereyra Diaz tidak profesional

TMJ turut menyentuh sikap kurang profesional Diaz dalam isu lambat melapor diri ke pusat latihan pasukan selepas bercuti. TMJ menceritakan isu yang berlaku baru-baru ini dimana kesalahan pertama, Diaz telah habis menggunakan kuota tiket dan beliau pulang lewat ke pusat latihan JDT. 

Tak mahu bayar tiket flight extra pegi balik kampung

Kesalahan kedua, beliau tidak mahu membayar duit tiket walaupun kuota 4 tiket yang ditanggung JDT telah habis. Walaupun bergaji besar, bintang dari Argentina itu telah diberikan kuota tiket yang ditanggung oleh kelab untuk beliau pergi dan balik dari Malaysia ke Argentina.

Yang membuatkan TMJ bengang adalah Diaz pernah enggan membayar tiket yang bukan di dalam kuota tanggungan kelab. Kuota yang ditetapkan telah habis. Beliau juga turut balik lambat ke Johor.

"Gaji beliau pula tinggi hampir US90k, bukan gaji kecik. Tetapi kalau nak naik 1st class je, memangla bankrap."

Pereyra Diaz salah guna etika  media sosial

"Lepas tu, dah tak dapat, datang kepala tak betul dia pegi tulis dalam internet. Itu sudah kesalahan. Melepaskan amarah atau membuat provokasi serta perkara yang tidak sepatutnya di laman sosial memang menjadi kesalahan berat di liga luar negara. Ia memang satu kesalahan yang tidak boleh diterima mana-mana kelab profesional di dunia."

"Bila perkara ini terjadi, maka JDT menamatkan kontrak Pereyra Diaz. Lepas jadi macam ni, dia nak mintak gaji 3 bulan. Mana boleh, kau dah tak kerja sini lagi. Jadi sekarang, kami bersetuju untuk bayar dia 1 bulan gaji dan dia boleh pergi kemana mana kelab dia suka dan kita dapat duit kita semula."

Diaz sebelum ini memuat naik status panas melepaskan kemarahan di akaun Facebook milik beliau terhadap kelab bola sepak, yang identitinya tidak dinyatakan dalam status beliau tersebut. [Bunghole tidak merujuk kepada nama kelab arak. Tapi kata nista] - AKHIRNYA TERJAWAB.

Ini antara petikan kenyataan meroyan Jorge Pereyra Diaz yang ditujukan kepada JDT di Facebook beliau sebelum ini:



Jorge Pereyra Diaz marah kepada JDT di Facebook
Photo Credit: Jorge Pereyra Diaz (Facebook)

Jorge Pereyra Diaz marah kepada JDT di Facebook
Photo Credit: Jorge Pereyra Diaz (Facebook)



Petikan kenyataan TMJ ini adalah ketika sidang media bersama penyokong bola sepak yang beliau anjurkan pada 18 Januari 2017.

Kami mahu memberikan kredit kepada SemuanyaBola yang menjadi sumber rujukan artikel ini.

Jadi kesimpulan kami adalah, anda dibayar dengan harga profesional, bertindaklah seperti seorang pemain bola profesional. Apa yang dilakukan pihak JDT adalah untuk mengingatkan Siapa Bos dan siapa pemain.

Konklusinya, tiada pemain lebih besar dari kelab.

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "TMJ DEDAH SIKAP BURUK PUNCA PEREYRA DIAZ DITENDANG KELUAR"

  1. Assalamualaikum
    senang sekali saya bisa menulis kisah nyata kami
    dan berbagi kepada teman-teman disini.

    Meski hidup dalam keprihatinan, karena hanya mengandalkan penghasilan dari jual gorengan, namun rumah tangga kami terbilang harmonis. Jika berselisih paham, kami selalu menempuh jalan musyawarah. Hal itu wajib kami terapkan untuk menutupi aib dan segala bentuk kekurangan yang ada dalam rumah tangga kami agar tidak terdengar oleh orang luar. Karena begitulah pesan dari para orang tua kami.

    Hari demi hari aku habiskan hanya untuk bekerja dan bekerja. Hal itu aku lakukan, selain sadar akan tanggung jawabku sebagai orang tua , juga ingin menggapai harapan dan cita cita. Yah, mungkin dengan begitu ekonomi keluargaku dapat berubah dan aku bisa menyisihkan sedikit uang penghasilanku itu untuk masa depan anak-anakku dikemudian hari. Namun semua itu menjadi sirna.

    Selanjutnya kami pun melangkah untuk mencobanya minta bantuan melalui dana gaib tanpa tumbal,alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan.

    Jalan ini akan mengubah kemiskinan menjadi limpahan kekayaan secara halal dan tidak merugikan orang lain.

    Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami,
    saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami.
    Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan
    hubungi Ki Witjaksono di:+62852-2223-1459
    Supaya lebih jelas kunjungi blog

    KLIK-> ~PESUGIHAN~

    ReplyDelete