FATON TOSKI ENJIN BARU PERAK


Pemain Kosovo yang juga bintang di Bundesliga, Faton Toski sah jadi milik skuad Perak 2017. Pemain berusia 29 tahun ini beraksi di posisi tengah menyerang. Juga merupakan pemain kebangsaan Kosovo.

Kepulangan Karl Heinz Weigang ke Jerman bukan semata-mata untuk sambutan Hari Natal, sebaliknya jurulatih Perak ternyata 'menyelam sambil minum air' apabila turut mengintai khidmat pemain import keempat buat pasukan Bos Gaurus. Ternyata usaha Weigang berhasil apabila berjaya mendapatkan khidmat Faton Toski bagi memperkuatkan pasukan untuk musim ini. 

Toski dilahirkan di Albania dan keluarganya berpindah ke Jerman ketika dia masih muda. Beliau memulakan kerjaya untuk TuS Makkabi Frankfurt dan selepas satu tahun, dia dipilih menyertai pasukan remaja Eintracht Frankfurt. 

Beliau memulakan kerjaya dalam Bundesliga untuk Eintracht Frankfurt dalam perlawanan menentang Werder Bremen pada 12 Mei 2007. Faton Toski menjaringkan gol pertama untuk kelab itu pada 8 Disember 2007 ketika seri 2-2 dengan Schalke 04.

Aksi Faton Toski ketika bersama FSV Frankfurt


Pada 2010, Faton Toski meninggalkan Frankfurt selepas enam belas tahun dan menyertai kelab VfL Bochum dalam kancah 2.Bundesliga. Pada 2014, Toski menyertai FSV Frankfurt pada pertengahan musim 2013-14 sebelum disambung semusim lagi. Namun jarang diturunkan sehinggalah ditamatkan kontrak. Pada Ogos 2016, Toski menyertai KF Laçi di Super League Albania dengan kontrak 2 tahun.

Toski juga merupakan bekas ahli pasukan bawah 19 tahun Jerman . Namun pada tahun 2010, Toski telah mengisytiharkan akan bermain untuk pasukan kebangsaan Kosovo. Dia bermain perlawanan persahabatan antarabangsa pertama untuk Kosovo pada 5 Mac 2014, muncul sebagai pemain gantian ketika seri tanpa jaringan menentang Haiti. Kini memiliki 3 caps bersama Kosovo.

Aksi Faton Toski ketika Frankfurt vs Real Madrid

Menariknya Faton Toski sudah ada kawan lepak di Malaysia nanti. Bukan sahaja sekadar rakan sepasukan dalam pasukan Kosovo, namun boleh dikatakan rakan baik iaitu Lirindon Krasniqi, pemain import pasukan Kedah. 

Lirindon Krasniqi santai bersama Faton Toski

Kehadiran pemain Kosovo itu akan melengkapkan kuota pemain import musim ini bagi membolehkan Perak menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) dengan selesa bermula 20 Januari ini. 

Ketika ini, Perak sudah memiliki tiga pemain import iaitu Thiago Junio Aquino, Yashir Pinto Aslame dan Vladislav Mirchev. Thiago dari Brazil memasuki musim keempat bersama Perak manakala Pinto adalah bekas pemain Melaka United, manakala Mirchev dari Bulgaria bakal membuat penampilan pertama dalam Liga M. 

PAFA juga berjaya menghimpunkan ramai pemain tempatan ternama untuk bersama mereka musim ini termasuk Mohd Zaquan Adha, Sharom Kalam, Idris Kamal, Nazrin Nawi, Jasazrin Jamaluddin dan Idris Ahmad.



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "FATON TOSKI ENJIN BARU PERAK"

Post a Comment