AL SPORTS TAJA KEDAH


AL Sports secara rasminya hijaukuning!

Jenama tempatan dibawah syarikat sukan Al-Ikhsan ini akan menaja pakaian sukan skuad hijaukuning sepanjang musim 2017 terdiri dari kit jersi, kit latihan dan kelengkapan pemain dan pegawai pasukan.

Persefahaman antara kedua-dua pihak untuk tempoh 2 tahun dan melibatkan penajaan semua pasukan terlibat dalam Liga Malaysia seperti Skuad Liga Super, Piala Presiden, Piala Belia dan Piala Tun Sharifah Raudzah (bolasepak wanita).

Kedah FA secara rasminya akan melancarkan jersi dan pakaian sukan AL Sports dalam satu Majlis Memperkenalkan Penaja dan Pasukan Kedah bagi musim 2017.

Ayuh beramai-ramai turun bersama-sama skuad hijaukuning dan jumpa anda di sana!

MAJLIS MEMPERKENALKAN PENAJA & PASUKAN KEDAH 2017
13 Januari 2017, Jumaat, 4:00 petang
Taman Tasik Darul Aman

Turut diadakan karnival bermula sejak pagi sempena majlis tersebut.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AL SPORTS TAJA KEDAH"

Post a Comment