GONZALO CABRERRA TIBA DI JDT


Selamat datang kepada Gonzalo Cabrerra ke Keluarga JDT. Pemain berkualiti dan berpengalaman ini merupakan produk akademi Boca Juniors. Pemain berusia 27 tahun ini berasal dari Argentina.

Pada 2015, Gonzalo Cabrerra telah bermain untuk FC Botosani di Liga Utama Romania. Pemain posisi tengah menyerang ini berjaya meledak 11 gol dalam 37 perlawanan untuk Botosani. Musim yang cemerlang sebelum berpindah ke kelab Al-Faisaly FC di Liga Arab Saudi. 

Juga merupakan watak penting untuk Al-Faisaly bagi musim 2016/17 setakat ini apabila daripada 15 perlawanan, Cabrerra turun 13 kali sebagai pemain utama dan 2 perlawanan masuk sebagai pemain gantian.


Pemain ini akan memperkuatkan skuad utama JDT untuk mengharungi musim 2017. Dilihat pengganti posisi Jorge Pereyra Diaz sebelum ini, ternyata Gonzalo Cabrerra akan melalui tugas sukar untuk menyangi percapaian pemain lincah tersebut.

Luaskan Kuasamu Johor!


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "GONZALO CABRERRA TIBA DI JDT"

Post a Comment