REKOD UNBEATEN REAL MADRID LEBUR

Rekod unbeaten Real Madrid telah lebur pagi tadi ke atas Sevilla. Jovetic membawa rekod tanpa kalah Los Blancos 'terhenti pada masa kecederaan selepas gol sendiri Sergio Ramos pada lewat permainan.

Pasukan bimbingan Zinedine Zidane sebelum ini hadir dengan reputasi 40 perlawanan tanpa kalah termasuk perlawanan terakhir mereka  juga bertemu Sevilla dalam aksi Copa del Rey minggu lalu.

Cristiano Ronaldo kecewa dengan kekalahan dan rekod unbeaten Real Madrid sudah musnah
Cristiano Ronaldo kecewa dengan kekalahan dan rekod unbeaten Real Madrid sudah musnah

Pada perlawanan itu Real Madrid melayan kunjungan Sevilla, yang berada kedudukan ketiga dalam saingan La Liga, menyaksikan pertembungan menarik dan dramatik keputusan 3-3 di Ramon Sanchez Pizjuan dalam saingan Copa del Rey pada pertengahan minggu.

Rekod unbeaten Real Madrid lebur

Sevilla berjaya memusnahkan rekod 40 perlawanan tanpa kalah Real Madrid dengan kebangkitan semula lewat permainan yang penuh dramatik, dimana Sergio Ramos menyumbang gol sendiri dan gol kemenangan masa kecederaan Stevan Jovetic menggerakkan mereka ke satu mata dengan pendahulu liga.

Kali ini Real Madrid telah turun dengan formasi berbeza 3-5-2 kerana mereka melayan Sevilla untuk kali kedua dalam tiga hari, kali ini di La Liga. Cristiano Ronaldo kembali degan rentak meledak gol buat Real Madrid, dimana kini dia mempunyai 22 gol dalam 15 perlawanan! 

Tetapi Sevilla adalah prospek yang berbeza tahun ini di bawah Jorge Sampaoli, yang mempunyai taktikal yang hebat telah mengangkat mereka di tangga ketiga hanya dua mata di belakang Barcelona di tempat kedua dengan satu perlawanan dalam tangan. 

Pendahulu liga Real Madrid akan tertekan merasa sedih dengan kekalahan ini apabilarekod  40 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan kini sudah terhenti di situ. Kali terakhir pasukan yang mengalahkan mereka adalah Wolfsburg, tahun lepas pada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara.


Jovetic bantu Sevilla leburkan rekod unbeaten Real Madrid

Gol Stevan Jovetic menamatkan rekod 40 perlawanan tanpa kalah dimiliki Real Madrid apabila Sevilla meraih kemenangan 2-1 dalam perlawanan La Liga di Sanchez Pizjuan, awal pagi tadi.

Real mendahului menerusi penalti Cristiano Ronaldo pada minit ke-67 namun gol sendiri daripada kapten Real, Sergio Ramos menyamakan kedudukan pada minit ke-85. Jovetic telah menjaringkan gol kemenangan pada minit 90 permainan.

Stefan Jovetic raikan gol kemenangan vs Real Madrid awal pagi tadi
Stefan Jovetic raikan gol kemenangan vs Real Madrid awal pagi tadi

Itu merupakan gol sendiri pertama oleh Sergio Ramos sepanjang penampilan dalam La Liga. Manakala Cristiano Ronaldo menyamai rekod Hugo Sanchez sebagai penjaring gol penalti terbanyak dalam sejarah La Liga.

Jovetic yang membuat penampilan pertama La Liga selepas dipinjamkan daripada Inter Milan menjaringkan gol kemenangan itu ketika masa tambahan.

Kemenangan ini membawa Sevilla satu mata di belakang Real yang berbaki satu perlawanan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "REKOD UNBEATEN REAL MADRID LEBUR"

Post a Comment