LAZARO TARUHAN IRFAN BAKTI






LAZARO. Itulah nama pertahanan baru skuad terengganu bagi musim 2017. Lazaro atau nama penuh Lázaro Vinicius Alves Martins merupakan pemain di kelab Manama Club di Bahrain. 

Lazaro sudah disahkan sampai di Kuala Terengganu hari ini. Berusia 26 tahun, ketinggian 1.91m. Lazaro didatangkan ke Terengganu menggantikan Vincent Bikana yang tidak disambung kontrak. Sebelum ini, calon import iaitu Mazetti terpaksa dihantar pulang selepas gagal dalam ujian kesihatan.

Irfan Bakti sememangnya sudah mempunyai kabel, kenalan di Manama Club kerana pernah membawa bintang Thiago Fernando Agusto ketika membimbing skuad Felda United pada musim 2015. Dan Thiago Agusto juga sah telah kembali ke Manama Club setelah habis kontrak bersama Felda United. Thiago juga pernah dipinjamkan 6 bulan kepada Kedah musim lepas.

Lazaro selamat tiba di Ganu

Beliau memulakan kerjaya bola sepak beliau di Atletico Mineiro. Pada tahun 2007, Lazaro adalah sebahagian pemain utama skuad kebangsaan Brazil bertanding dalam Piala Dunia FIFA U-17. Lihat sahaja nama Alex Teixeira, Fabio & Rafael da Silva, Fellipe Bastos

Pada umur 18 tahun, pemain ini telah berhijrah keluar dari Brazil dan telah bermain untuk SC Heerenveen, Belanda. Pada musim 2013/2014, beliau bermain di Manama Club di Bahrain.

Pada tahun 2015, pemain pertahanan ini telah bermain untuk kelab Inter Lages sebelum dipinjamkan ke Luverdense dalam aksi Catarinense Championship di Brazil. Pada awal 2016 lalu, Inter Lages menjual kembali Lazaro kepada bekas kelab lamanya iaitu Manama Club namun tiada rekod penampilan direkodkan sepanjang 2016.

Selamat datang ke Ganu! Peteh Ganu Peteh.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "LAZARO TARUHAN IRFAN BAKTI"

Post a Comment