TMJ DEDAH PUNCA MARIO GOMEZ DIPECAT

TMJ dedah punca sebenar Mario Gomez dipecat secara mengejut | Sebelum ini peminat bolasepak Malaysia heboh memperkatakan kisah jurulatih JDT yang telah bawa banyak kejayaan kepada kelab Johor darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez telah ditamatkan kontrak secara mengejut. 

TMJ dedah punca sebenar Mario Gomez dipecat secara mengejut
TMJ dedah punca sebenar Mario Gomez dipecat secara mengejut

Berita panas ini telah menimbulkan tanda tanya buat semua peminat terutama penyokong JDT itu sendiri ketika pasukan JDT dalam persiapan terakhir untuk memulakan musim ini iaitu 2 hari sebelum kelab JDT bakal melayan kunjungan Kedah FA dalam saingan Liga Super Malaysia dan juga merebut Piala Sumbangsih 2017.


Dengan perlawanan Piala Sumbangsih hanya berbaki dua hari ketika itu, pastinya para peminat tertanya-tanya menimbulkan persoalan apa yang sedang berlaku di kem JDT. Perlawanan pra musim JDT di Thailand juga berlangsung dengan lancar dikendalikan sendiri oleh Mario Gomez. Sudah pasti makin meresahkan para peminat JDT apabila pihak pengurusan JDT juga tidak menyatakan di dalam posting tersebut sama ada Gomez dipecat atau meletakkan jawatan.


MARIO GOMEZ JURULATIH TERBAIK JDT

Mario Gomez mula menyertai JDT pada tahun 2015, menggantikan jurulatih Bojan Hodak selepas aksi yang tak menentu yang kemudiannya dipecat pada April tahun tersebut. Dan sejak daripada itu, kelab JDT terus melangkah mencapai pelbagai kejuaraan sama ada domestik dan antarabangsa dibawah bimbingan Mario Gomez. 

Mario Gomez berjaya bawa banyak kejayaan untuk JDT
Mario Gomez berjaya bawa banyak kejayaan untuk JDT

Antara kejayaan yang dibawa oleh Mario Gomez bersama kelab JDT ialah Juara Piala AFC 2015, Juara Liga Super Malaysia musim 2015 dan 2016, Juara Piala FA 2016 dan Piala Sumbangsih 2016. Disamping menjulang kejuaraan Liga Super 2016 tanpa sebarang kekalahan merupakan kejayaan yang sangat luar biasa.

Dan akhirnya JDT melantik segera sehari selepas itu menaikkan pangkat Benjamin Mora dari jurulatih JDT II sebagai ketua jurulatih baru JDT yang baru. 


TMJ - GOMEZ TIDAK SEPENDAPAT

Tunku Ismail mendedahkan, kontrak Mario Gomez ditamatkan pertengahan bulan lalu kerana tidak sependapat dalam urusan pembelian pemain

"Memang tidak boleh dinafikan bahawa dia (Mario) cukup bagus, tetapi di JDT tidak ada mana-mana individu yang lebih besar dari kelab." 

"Jika kelab ada falsafah dan polisi itu adalah perkara yang perlu diberikan keutamaan," -TMJ
"Memang tidak boleh dinafikan bahawa dia (Mario) cukup bagus, tetapi di JDT tidak ada mana-mana individu yang lebih besar dari kelab." 


Pendedahan TMJ ini sekali gus menamatkan tanda tanya yang menyelubungi penyokong bola sepak tempatan sebelum ini kerana khidmat Gomez ditamatkan secara mengejut, 2 hari sebelum sepak mula perlawanan JDT bertemu Kedah dalam merebut Piala Sumbangsih.


Mario Gomez tandatangani pemain TMJ tak setuju

“Memang benar Mario Gomez sudah banyak membantu dan saya mengucapkan terima kasih. Tetapi banyak juga cerita-cerita di balik tabir yang penyokong tidak tahu. “Apabila Mario menandatangani beberapa pemain baru, ada yang sesetengahnya saya tidak berapa setuju.

Ini kerana cara permainan yang hendak digunakan oleh Mario untuk pemain terbabit tidak sesuai dengan falsafah yang telah saya tetapkan untuk kelab. “Ya, memang keputusannya bagus tetapi apabila saya melihat keseluruhannya daripada segi persiapan (sewaktu pra-musim) tidak ada peningkatan jika dibandingkan dengan cara permainan musim lalu,” kata Tunku Ismail dalam sesi temuramah bersama penyokong di laman JOHOR Southern Tiger, semalam.


Perpisahan Jalan Terbaik buat JDT - Mario Gomez

Biarpun cemerlang sepanjang dua tahun bersama skuad Harimau Selatan, namun Tunku Ismail percaya ‘perpisahan’ adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak selepas Gomez tidak serius dengan falsafah kelab itu. “Memang tidak boleh dinafikan bahawa dia cukup bagus, tetapi di JDT tidak ada mana-mana individu yang lebih besar dari kelab. Jika kelab ada falsafah dan polisi itu adalah perkara yang perlu diberikan keutamaan,” kata Tunku Ismail.

Kami di SembangBolaa berharap semoga pendedahan TMJ mengenai punca sebenar Mario Gomez dipecat oleh JDT ini akan merungkai persoalan yang timbul semenjak berita pemecatan ini keluar. Selamat maju jaya JDT dibawah bimbingan jurulatih baru Benjamin Mora.


Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "TMJ DEDAH PUNCA MARIO GOMEZ DIPECAT"

  1. Assalamualaikum
    senang sekali saya bisa menulis kisah nyata kami
    dan berbagi kepada teman-teman disini.

    Meski hidup dalam keprihatinan, karena hanya mengandalkan penghasilan dari jual gorengan, namun rumah tangga kami terbilang harmonis. Jika berselisih paham, kami selalu menempuh jalan musyawarah. Hal itu wajib kami terapkan untuk menutupi aib dan segala bentuk kekurangan yang ada dalam rumah tangga kami agar tidak terdengar oleh orang luar. Karena begitulah pesan dari para orang tua kami.

    Hari demi hari aku habiskan hanya untuk bekerja dan bekerja. Hal itu aku lakukan, selain sadar akan tanggung jawabku sebagai orang tua , juga ingin menggapai harapan dan cita cita. Yah, mungkin dengan begitu ekonomi keluargaku dapat berubah dan aku bisa menyisihkan sedikit uang penghasilanku itu untuk masa depan anak-anakku dikemudian hari. Namun semua itu menjadi sirna.

    Selanjutnya kami pun melangkah untuk mencobanya minta bantuan melalui dana gaib tanpa tumbal,alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan.

    Jalan ini akan mengubah kemiskinan menjadi limpahan kekayaan secara halal dan tidak merugikan orang lain.

    Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami,
    saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami.
    Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan
    hubungi Ki Witjaksono di:+62852-2223-1459
    Supaya lebih jelas kunjungi blog

    KLIK-> ~PESUGIHAN~

    ReplyDelete