KEDAH HAMPAKAN 20 RIBU PEMINAT TRW DI KOTA BHARU

Kedah berjaya mengekalkan kedudukan di puncak Liga Super apabila mencatatkan kemenangan ketiga musim ini selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam saingan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, sebentar tadi. 

Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol penalti Kelantan vs Kedah semalam
Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol penalti Kelantan vs Kedah semalam


Perlawanan malam tadi menyaksikan skuad The Red Warriors (TRW) yang baru beraksi tiga perlawanan setakat ini gagal meneruskan rentak kemenangan walaupun mendapat sokongan pada hampir 20,000 penyokong setia mereka. 

TRW dilihat lebih banyak melakukan percubaan berbahaya ke pintu gol Kedah termasuk menerusi tandukan cantik Alessandro Padovani Celin pada minit kelima yang berjaya ditepis penjaga gol pelawat, Mohd Ifwat Akmal. 

Skuad kendalian Zahasmi Ismail sekali lagi mendapat peluang terbaik hasil rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-19 menerusi Muhammad Danial Ashraf yang menggantikan Celin akibat kecederaan, namun Mohd Ifwat sekali lagi muncul penyelamat Kedah. 

Pasukan pelawat yang dibimbing Tan Cheng Hoe hampir menjaringkan gol menerusi rembatan deras kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke- 26 namun terkena palang gol walaupun Khairul Fahmi Che Mat sudah tertewas. 


Video Highlights Kelantan vs Kedah



Bersambung di babak kedua, permainan tampak seimbang dan Norfarhan Mohammad hampir menjaringkan gol buat Kelantan hasil hantaran cantik Mohammad Qayyum Marjano Sabil, namun percubaannya pada minit ke-50 sekadar melepasi palang gol pelawat. 

Kedah nyaris mendahului pada minit ke-67 hasil kesilapan pertahanan tuan rumah, Hattaphon Bun Ann yang menanduk bola ke gawang sendiri dan hampir memerangkap Khairul Fahmi Che Mat namun berjaya diselamatkan. 

Asakan bertali arus skuad Helang Merah ke kubu Kelantan memaksa Zahasmi memasukkan pemain tengah bertahan, Norhafiz Zamani Misbah menggantikan Norfarhan untuk memperkemas benteng pertahanan tuan rumah. Skuad Helang Merah akhirnya mendahului tuan rumah berpunca kesilapan Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan Muhammad Syafiq Ahmad dalam kawasan penalti. 

Gol Penalti Baddrol Bakhtiar Kelantan vs Kedah 0-1




Pengadil menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-81. Keputusan itu menyaksikan Kedah kekal selaku pendahulu liga dengan 11 mata selepas lima perlawanan manakala Kelantan yang beraksi tiga perlawanan berada di kedudukan ketujuh dengan enam mata.

Peminat Kedah dan Kelantan boleh duduk sekali tiada perbalahan
Peminat Kedah dan Kelantan boleh duduk sekali tiada perbalahan


Sumber: Berita Harian




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KEDAH HAMPAKAN 20 RIBU PEMINAT TRW DI KOTA BHARU"

Post a Comment